Sabtu, 1 Januari 2011

23

setelah tiga hari mereka dikampung akhirnya mereka pulang ke rumah yang besar namun tidak bermakna buat laila. didalam perjalanan mereka hanya berdiam diri. sedang haikal memandu kereta telefon bimbitnya berdering ,lalu dijawab tanpa melihat nama yang tertera.
"hello.." haikal memulakan perbualan, laila disebelah hanya diam membatu.
" hello sayang... u buat apa?" kedengaran suara manja tina namun haikal mula muak mendengar suara tina seorang perempuan yang hanya mahukan duitnya sahaja.
"kau nak apa lagi?" laila terkejut mendengar akan suara haikal yang berubah menjadi garang
"i nak u lah sayang." tina semakin menguji.
" aku dah cakap antara kita tak ada apa apa.... tak cukup ke rm30 000 yang aku bagi?" laila semakin terkejut mendengar akan jumlah sebanyak itu haikal berikan pada tina....
"aku nak lebih dari itu." tina mematikan talian kerana memang niatnya untuk membuat haikal marah. memang selama tina bersama haikal tina hanya mahukan duit haikal bukan cinta haikal, namun dia rasa tercabar dengan kehadiran laila yang telah mendahuluinya. laila patut dihapuskan!!!!

"awak bagi dia duit sebanyak itu untuk memutuskan hubungan?" laila cuba campur tangan.
"ya.. semua kerana awak. kalau tak kerana awak pasti duit saya tidak melayang." haikal memarahi laila yang sebenarnya tidak tahu akan punca dimarahi, tak mungkin kerana tina menyerangnya diopis tempoh hari membuatkan haikal memberi duit kepada tina kerana tina yang menyerang laila bukan laila menyerang tina.
"kenapa saya? " laila cuba meninggikan suara kerana ini semua tidak adil baginya.
"kerana saya mula gilakan awak dan saya tinggalkan dia kerana awak tapi awak tak menghargainya!" jawapan haikal membuatkan laila terkejut dan mustahil haikal mencintainya.
"bukan ini caranya awak menyayangi saya.. maaf saya hanya menghormati awak kerana awak suami saya tidak pula...." belom sempat laila menghabis kan ayatnya haikal memberhentikan kereta ditepi jalan, setelah kereta berhenti haikal meratap wajah laila dengan muka yang bengis..
"awak cakap sekali lagi..." laila tidak berani bersuara dengan melihat wajah haikal yang bagaikan harimau.
"awak cakap sekali lagi!!!" haikal semakin marah dengan laila yang tidak menjawab apa pun.
haikal menarik wajah laila dengan kasar dan mengucup mulut laila yang cuba melepaskan diri dari haikal. laila membenci haikall kerana sentiasa berkelakuan kasar tehadapnya. setelah laila berjaya melepaskan diri dari cengkaman haikal, satu tamparan hinggap dipipi haikal, haikal terkedu tatkala laila menamparnya.
"bukan ini yang saya mahukan dari seorang lelaki yang bergelar suami saya, bukan kekasaran yang diperlukan didalam rumah tangga... tahu tak awak saya derita dengan cara awak? tahu tak perasaan saya waktu ditampar oleh tina kekasih awak? pernah awak rasa mahkota yang saya jaga untuk seorang suami yang betul betul menhargai saya bukan kerana nafsu setan itu membuatkansaya jijik dengan awak? saya terseksa dengan pernikahan ni...... saya tak mahu terus disakiti lagi...." laila menangis sepuas hati.. haikal hanya mendiamkan diri terasa sedikit kekesalan membuat hidup laila menderita.

"saya tak pernah minta apa apa pada awak.... cuma satu saya nak.. sekiranya hubungan kita bertahan kerana ibu dan bonda... tolong lepaskan saya dari cengkaman derita ini... tolong jangan seksa saya lagi......" melihat keadaan laila yang menangis kehibaan itu membuatkan haikal tersedar akan kesilapannya. lantas haikal memeluk tubuh laila untuk menenangkan laila.

"saya berjanji pada awak, saya tak kan melukai awak...." haikal mengukir janji kepada laila isteri yang selama ini sabar dengan kerenahnya.


dirumah besar puan khatijah menanti kepulangan anak tersayang dan menantu yang dirinduinya. terdengar sahaja bunyi enjin kereta haikal , senyuman keriangan terukir diwajah puan khatijah. laila mengucup tangan ibu mertuanya dengan penuh hormat. wajahnya yang pucat diperhati oleh ibu mertuanya.
"kenapa wajah pucat?" puan khatijah risau dengan wajah pucat laila.
"penat agaknya.." laila cuba menyembunyikan kejadian yang telah berlaku.
"kalau macam tu pergilah rehat, haikal bonda nak bincang sesuatu." agak tegas arahan yang diberikan. laila tanpa berlengah melangkahkan kaki menuju kekamar. setibanya dikamar dia melihat akan katil yang dihiasi cantik dan biliknya juga dihiasi dengan hiasan yang indah.. diatas katil terletak pula sejambak bunga ros putih. dicapainya jambangan bunga lalu dihidunya.. wangi semerbak..... laila terlena dengan keindahan yang ada.


diruang tamu puan khatijah sudah siap sedia dengan masalah yang dihadapi oleh haikal.
"semalam tina datang kerumah." haikal terkejut akan berita yang disampaikan oleh bondanya.
"bonda tak sangka kamu sanggup buat laila macam tu. wanita bagaimana lagi yang kamu mahukan? laila cantik, baik, sopan santun, tak cukup lagi kah itu semua? kamu sudah mengecewakan bonda." haikal hilang kata kata.

"bonda tahu sebab laila pulang kekampungnya kerana siti sudah ceritakan segalanya." haikal semakin terkejut tatkala bondanya memberi kan beberapa keping gambar dia bersama tina. entah bila gambar itu diambil.
"bonda malu kalau ibu laila mengetahui hal ini. bonda mahu kamu selesaikan segalanya." puan khatijah meninggalkan haikal yang sedang melihat gambar gambar yang diberinya tadi.

"jahanam punya perempuan... siap kau.." haikal menghempaskan gambar gambar diatas meja.. lalu menuju kekamar yang sengaja dihiasi untuk laila. dikamar haikal terlihat laila sedang terlena dibuai mimpi dengan jambangan bunga ros putih disisinya. diusapnya rambut lembut laila dan diamatinya wajah ayu laila. betul kata bonda.. wanita seperti mana lagi yang dia mahukan? laila sudah cukup baik untuk nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan