Sabtu, 1 Januari 2011

bab 24

haikal memandu keretanya dengan laju menuju ke apartment dimana dia memberikan tina mendiami apartment tersebut. tiba di apartment tina terkejut akan kehadiran haikal dengan wajah yang bengis.
"bini kau dah tak nak kat kau baru kau cari aku?" kata kata tina hanya memakan dirinya sahaja, haikal menolak tubuh tina dengan kuat sehingga tina hilang pertimbangan badan lalu jatuh dilantai,

"apa ni?" tina menoleh wajah haikal yang semakin berang. kedua tangan haikal mencekik leher tina dengan kuat sehingga tina hilang kawalan diri, cuba menentang haikal namun tidak berdaya.
"jantan lain kau boleh buat ikut suka tapi dengan aku...... kau tahu aku siapa kan...." haikal melepaskan satu tamparan diwajah tina.
"ini tamparan aku mewakili isteri aku, kau nak hancurkan hidup aku kan? sini aku hancurkan hidup kau." tina cuba melarikan diri namun kakinya sempat disambar oleh haikal,

"haikal..... jangan buat i macam ni.. i sayang kan u..." tina cuba membuat haikal tunduk kepadanya namun tidak menjadi, rambut tina ditariknya dengan kuat, wajah tina dirapatinya dengan begitu dekat.
"kau tahu perempuan macam kau memang patut mati! aku dah bagi rm30 000 tapi kau habiskan macam tu jerk, aku suruh keluar dari apartment ni tapi kau degil..... kau nak buat report polis ke? pergilah report, kau ingat aku takut? jangan lupa setiap video yang ada!" haikal cuba mengugut tina kerana dia tahu dimana kelemahan tina.

"haikal kau tak boleh buat aku macam ni haikal, kalau aku keluar aku nak pergi mana?" tina cuba meminta simpati dari haikal.

haikal menuju kekamar tina lalu mendapatkan tas tangan tina, dibongkarnya tas tangan tina lalu mendapatkan kad kredit yang diberinya hanya kad pengenalan yang diberikan dan duit tina yang ada didalam tas hanya rm100 sahaja yang diberinya kepada tina, lalu dihalaunya tina dengan sehelai sepinggang.

"kau tahu nak sara hidup kau macam mana kan? so kau berambur!!!!!" ditolaknya tubuh tina keluar dari apartment lalu membiarkan tina diluar yang sedang menangis meminta simpati dari haikal. tidak dihiraunya dengan tangisan tina.

setelah agak lama tina menangis dipintu apartment namun tidak dihiraukan oleh haikal, tina membawa diri dengan hati yang kusut, memikirkan dimana tempat tinggal, dengan duit yang hanya rm100 apa yang mampu dibuat dengan duit sebanyak itu? kini dia sedar haikal tak memerlukannya lagi, banyak lelaki yang telah dia kikis hartanya namun akhirnya dia menjadi seorang perempuan yang tiada harta dan tiada apa apa. segalnya sudah musnah, selama ini dia memusnahkan hidup dan rumah tangga orang lain kini haikal sudah membuat hidupnya musnah... kaki dilangkah dengan lemah, tina membawa diri yang tidak tahu kemana kakinya akan melangkah. mungkin inilah balasannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan