Sabtu, 1 Januari 2011

bab 22

burung berterbangan keriangan didada langit membuatkan hati laila terhibur dan alpa dengan masalah yang mendatang. dia pulang kekampung halaman setelah kejadian yang menyakit hatinya tempoh hari. selepas kejadian itu berlaku laila meminta izin haikal dan ibu mertuanya untuk pulang kekampung halaman dengan alasan untuk menenangkan pikiran. haikal yang agak keberatan hanya menurutkan kerana tidak mahu bondanya mengetahui akan kejadian yang telah menimpa laila diopis tempoh hari. puan khatijah hanya mengizinkan setelah menerima alasan laila merindui ibunya.

ditepi pantai laila hanya keseorangan dan ibunya tidak tahu akan sebab laila pulang ke kampung atas alasan apa. segalanya laila rahsiakan. sedang laila merenung lautan yang membiru dia didatangi fizrul yang semakin berisi tubuh badannya.
" hai sorang jerk?" fizrul melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan laila.
"yup sorang, mana isteri?" laila cuba mencari kelibat isteri fizrul namun tidak jumpa.
"dia kat rumah family dia." mereka menghabiskan masa petang bersama dengan bercerita akan rumah tangga masing masing. kelihatan fizrul kini bahagia dengan perkahwinannya tidak seperti laila yang menderita. fizrul yang mendengar akan cerita sedih laila turut merasa simpati atas nasib rumah tangga laila. hanya kata kata semangat yang mampu fizrul berikan untuk laila kembali bersemangat. sedang mereka berbual mereka tidak sedar akan kehadiran haikal yang memerhati kemesraan mereka. terdetik rasa cemburu dihati haikal.



setelah hari hampir masuk waktu magrib laila tiba dirumah, tiba dihalaman rumah laila terkejut tatkala terlihat kereta haikal berada dihalaman rumah. ini membuatkan hati laila menjadi tidak keruan, dia merasakan haikal tidak sepatutnya berada disini setelah semua yang berlaku membuatkan dirinya begitu benci haikal. tiba ditangga rumah laila terdengar akan perbualan ibunya bersama haikal, pasti ibu mertuanya tidak ikut bersama.

"dah balik pun laila..." suara ibu laila membuat kan laila tersedar yang dia tak dapat melarikan diri lagi.
"apa awak buat disini?" laila bersuara tatkala melihat ibunya sudah menuju kedapur.
"gembira awak disini?" suara yang agak keras membuatkan laila tidak keruan.
"sangat gembira dan tenang." tanpa menoleh wajah suaminya.
"mestilah tenang dan gembira, ada buah hati yang boleh meneman awak kepantai kan?" haikal mendekati tubuh laila.
"itu hal saya bukan masalah awak. kita dah pernah bincang soal ni kan?" laila cuba membuat haikal mengingati akan perjanjian mereka semasa baru berkahwin dahulu.
"ye... saya ingat tapi itu dahulu sewaktu saya masih dengan dia, tapi kini awak kena ingat awak milik saya dan dia milik orang lain."
"so?" laila tidak memahami akan kata kata haikal. tanpa dijangka pinggangnya dirangkul oleh haikal dengan kuat, laila cuba menolak tubuh haikal namun tidak berdaya
"awak sendiri tahu apa sudah terjadikan?" haikal semakin kuat merangkul tubuh laila yang sedang cuba melepaskan diri. setelah melihat wajah laila yang kemerahan haikal melepaskan rangkulannya lalu menuju kedapur dan meninggalkan laila yang sedang dalam kegelisahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan