Sabtu, 1 Januari 2011

bab 25

setahun sudah berlalu.. kini laila bersama haikal sedang menghitung kelahiran anak sulong mereka. hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi mereka akan menjadi ibu dan ayah, dalam penantian itu mereka meniti hari dengan bahagia tanpa gangguan insan lain. perkahwinan mereka juga sudah diketahui sahabat handai dan saudara mara.

dipetang yang hening itu laila bersama haikal menghabiskan masa dengan bersantai dikolam ikan dihalaman rumah. sedang mereka seronok bersantai, mereka didatangi tina ini membuatkan haikal yang tadinya dalam kegembiraan menjadi kemarahan tatkala melihat tina cuba menghadiahkan mereka senyuman.
"haikal, laila... saya datang nie sebab nak minta maaf... saya tahu saya bersalah." laila yang termakan dengan kata kata tina menghampiri tina lalu memegang tangan tina
"tina dah lama saya maafkan awak." tina memeluk tubuh laila dengan pandangan matanya menuju kearah haikal dengan penuh makna.... haikal hanya memerhatikan tanpa menyedari akan kehadiran tina adalah untuk membalas dendam.

laila menjemput tina minum petang bersama mereka, pelawaan laila disambut dengan penuh makna. mak jah membawakan secawan teh untuk tina, mak jah sememangnya kurang menyenangis kehadiran tina diwaktu itu, pasti ada benda yang hendak dilakukannya.
tina menemani laila dikolam ikan, laila leka memberikan ikan ikan makan, sememangnya hobi laila menghabiskan masa dikolam ikan setelah tidak bekerja lagi disyarikat suaminya kerana permintaan haikal untuk laila berehat dirumah. sedang laila leka melihat ikan ikan dikolam tina menolak tubuh laila supaya jatuh kedalam kolam ikan. laila yang hilang pertimbangan lalu jatuh masuk kekolam ikan. tina hanya memerhatikan tidak pula mahu membantu, kebetulan tukang kebun rumah haikal terlihat akan laila yang jatuh dikolam cuba menyelamatkan laila, haikal yang terdengar bunyi yang riuh lantas keluar mendapatkan laila yang sudah pengsan dan dikakinya dipenuhi darah. tanpa berlengah haikal membawa laila kehospital untuk mendapatkan rawatan.



setelah 4jam berada didalam bilik pembedahan akhirnya doktor mengesahkan bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan dan laila dalam keadaan yang lemah masih tidak sedarkan diri. haikal yang berang dengan apa yang berlaku lantas mengambil keputusan untuk dakwa tina kerana penyebab bayi dalam kandungan laila meninggal dan laila terlantar dihospital.

setelah diteliti cctv yang ada ditempat kejadian jelas laila jatuh didalam kolam kerana tlakan tina yang sengaja dilakukan, ini menguatkan lagi tuduhan keatas tina punca laila kehilangan bayinya. haikal telah menyerahkan kes tina kepada pihak polis untuk membuat siasatan, dan haikal sentiasa berada disisi laila yang kesedihan kehilangan bayi pertamanya.

"abang.... saya nak bayi saya...." setiap malam laila akan menangis dan pasti akan mengatakan dia mahukan anak dia..... haikal yang kesedihan melihat nasib menimpa laila rasa bersalah kerana tidak menjaga laila dengan penuh tanggungjawab.
"sayang... sabar ye sayang... ada rezeki tuhan akan bagi kita lagi ye sayang.." haikal memeluk tubuh laila dengan air mata yang menitis melihat isterinya menderita kehilangan bayi mereka.



setelah hampir dua minggu laila dihospital akhirnya laila dibenarkan pulang kerana kesihatan laila sudah beransur pulih. dirumah laila banyak berdiam diri, ibunya dan ibu mertuanya turut simpati dengan nasib yang menimpa laila dan haikal. namun mereka harus kuat dihadapan laila supaya laila tidak patah semangat. kerana berbagai masalah yang menimpa mereka puan khatijah dan ibu laila mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah. mudah mudahan tiada lagi ujian sebegitu menimpa mereka. tina pula telah dijatuhkan hukuan atas cubaan membunuh.


hajat puan khatijah untuk melihat haikal berubah akhirnya tercapai, kini haikal menjadi anak dan suami yang bertanggungjawab, sentiasa ada dirumah dan sisi laila. puan khatijah turut bahagia melihat laila kini semakin sembuh dan mula melupakan peristiwa yang meragut bayinya. mungkin inilah fenomena chinta yang mereka hadapi... kerana kebahagiaan tidak akan datang tanpa ujian kerana ujian itu mematangkan seseorang......




tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan