Jumaat, 31 Disember 2010

bab 21

sudah seminggu mereka berada diBali, kini tiba masanya mereka pulang ketanah air. setelah tiba dilapangan malaysia pak mat telah siap sedia menanti kepulangan mereka. wajah laila diratapi pemandu itu, terlihat akan kesuraman diwajah laila, pasti penat perjalanan yang jauh, wajah haikal nampak tenang bagai tiada apa berlaku. laila yang dari tadi diam dan memandang suasana luar.. tidak mampu berkata apa malahan memandang wajah haikal juga tidak mahu, makin rasa sakit hati. setibanya mereka dirumah sudah pasti bonda menanti kepulangan mereka dengan harapan rancangannya menjadi. senyuman lebar diberi kepada laila dan haikal. haikal menymbar tangan laila lalu berbisik pada laila
"depan bonda buat yang kita mesra." laila tidak dapat berbuat apa hanya menurut.
laila menyalam tangan ibu mertuanya dengan penuh kesopanan. selepas menyalam laila bertanya kabar lalu ibu mertuanya membawanya kedapur untuk minum petang. haikal pula terus masuk kekamar untuk merehatkan diri yang keletihan. sedang haikal membaringkan diri diatas katil telefon bimbitnya berdering, dilihatnya nama yang tertera tina yang memanggil.
"hello." sepatah haikal menjawab
"u ingat i tak tahu u kemana?" tina terus memarahi haikal. segala tembelang haikal sudah diketahuinya, ibu haikal yang memberitahu tina waktu tina mencari haikal dirumah mereka.
"apa ni sayang" haikal cuba berlembut.
"u jangan nak sayang sayang dengan i, u pergi berbulan madu dan i tahu bila u nikah. i akan jumpa u!" tina mematikan talian. haikal hanya mendengus kuat tak tahu apa harus dilakukan. akhirnya tina sudah mengetahui rahsianya.

"macam mana dengan bali?" puan khatijah bertanya pada laila dan mengharapkan jawapan yang mengindahkan dari mulut menantunya.
"best bonda, tempatnya cantik sangat... layanan diorang pun baik.."
"macam mana dengan haikal?" persalan yang membuatkan laila terasa bagai bosan mendengar nama itu.
"dia pun baik bonda." laila menghadiahkan senyuman manis namun dihati tercalit rasa benci.
petang itu laila hanya mendiamkan diri dikolam ikan, memberikan ikan makan membuatkan laila lupa sekejap akan perbuatan haikal tempoh hari. namun dia kembali tenang tatkala melihat ikan ikan dikolam berenang kegembiraan.


seperti hari biasa, mereka akan kepejabat dengan sendirinya, dipejabat banyak kerja yang sudah menanti mereka. laila membuat kerja seperti biasa, siti pula sedang mengemas kini file yang hendak diberi kepada haikal, dia tidak berani tanya apa apa laila, pasti jawapannya tidak yang dibayangkan pasangan lain berbulan madu. lihat sahaja wajah laila dan kedatangan laila sendirian masa kerja sudah pasti tiada apa yang berubah pada hubungan mereka.

sedang semua pekerja sibuk buat kerja masing masing, tina menghampiri laila yang sedang tekun bekerja, haikal yang kebetulan berada dipintu pejabat hanya menyaksikan tina dari jauh
"ya encik..." belum sempat laila menghabiskan ayat pipinya dihadiahkan satu tamparan oleh tina.
"perempuan kurang hajar rampas boyfriend orang!" semua yang ada hanya mampu melihat, haikal yang menyaksikan kejadian itu lantas mendekati tina yang sedang marah.
"u jangan buat kecoh kat sini!" tangan tina disambarnya dengan ganas.
"u pun sama juga. kaahwin tapi rahsikan dari i..." laila mengambil tas tangannya lalu pergi kerana malu.
"dia isteri i so?" haikal menjadi marah bila melihat laila berlalu pergi. tina cuba menarik rambut laila namun sempat ditahan oleh haikal, lalu haikal menampar pipi tina.
" i nak u jangan kacau hidup i lagi paham?"
"u ingat i gila kan u?"
"so blah lah.. satu lagi kalau i tahu u kacau dia.. u tahu nasib u! sila kosongkan kondo tu i nak guna." haikal meninggalkan tina yang dalam kemarahan.

bab 20

laila keseorangan didalam kamar yg dihiasi indah, hatinya menjadi rindu pada ibunya dikampung dan kenangannya bersama fizrul tak dapat dilupakan. dimalam ini juga adalah hari pernikahan fizrul bersama kawannya. tak sangka yang dirasakan fizrul jodohnya rupanya mereka dijodohkan dengan insan lain, inilah pepatah berkata manusia hanya mampu merancang tuhan menentukan segalanya. laila pasrah dengan nasib dirinya kini, hanya menjadi isteri diatas kertas dan dihadapan family tidak pula hakikatnya dihati mereka berdua. keperitan yang ditanggung bagaikan beban namun itu semua mematangkan laila dan mengajar laila erti kesabaran. dimalam yang hujan itu haikal tiada dikamar, mungkin lelaki itu merayap entah kemana, laila tidak bimbang keana baginya haikal tahu apa yang dilakukannya.

jam menunjukkan tepat jam tiga pagi, haikal yang terhuyung hayang menuju kekamar dimana laila sedang lena tidur. dirapatinya tubuh laila yang didalam selimut, laila tidak menyedarkan diri. diusapnya rambut laila dengan lembut, diamati wajah laila yang ayu, ayu semula jadi tanpa sentuhan make up. dirapatinya bibir laila dengan nafas yang kuat, semakin hampit bibir mereka membuatkan dia terasa hembusan nafas laila yang panas membuatkan nafsunya terangsang.. dipeluknya tubuh laila dengan kemas namun rangkulannya membuatkan laila tersedar lalu menolak tubuh tegapnya, namun laila seorang perempuan yang lemah, rangkulan semakin rapat membuatkan laila lemas dengan bau alkhol yang kuat.
"lepas kan aku!" laila meronta ronta, namun tidak diendahkan haikal yang sedang mengucup lehernya.
dimalam itu terjadilah malam pertama untuk mereka walau dalam laila tidak merelakan namun laila sedar haikal berhak keatas tubuhnya kerana haikal suaminya, namun bukan ini caranya. laila menangis sepuas hati dan sepanjang malam matanya tidak boleh tidur.. haikal yang masih dalam kawalan alkohol lena dibuai mimpi.


matahari sudah meninggi haikal yang baru sedar dari lena terkedu tatkala melihat laila yang sedang menangis disisi katil, melihat keadaan laila yang hanya tubuhnya ditutupi kain selimut tersedarlah haikal akan kejadian malam tadi. haikal bingkas bangun lalu merapati tubuh laila yang sedang ketakutan.
"jangan cuba rapat dengan saya." tegar walau dalam ketakutan.
"maaf apa yang berlaku semalam diluar kwalan saya." perlahan sahaja haikal menjawab.
'saya tak sangka awak macam ni. selama ni saya hormat awak tapi awak buat saya macam ni.. " laila semakin tertekan melihat wajah haikal yang selamba.
" maaf..." sepatah sahaja haikal menjawab.
"saya bukan seperti wanita lain yang pernah awak dampingi!" laila meninggikan suara. namun haikal lantas menarik tubuh laila keatas katil dengan agak kasar. selimut laila yang membaluti tubuh laila hampir terlucut.
"kalau saya buat apa kat awak pun, awak boleh buat apa? sebab saya suami awak!" ditatapnya wajah laila yang berlinangan air mata. lalu ditinggalkan laila keseorangan. laila hanya mampu menangis. tak percaya kini dirinya sudah tiada apa yang istimewa. haikal yang disangkanya tak akan mengambil kesempatan keatas dirinya telah menodainya, namun haikal suaminya.....

Ahad, 26 Disember 2010

bab 19

suasana makan malam yang sepatutunya aman menjadi dingin seketika setelah haikal merasa tidak puas hati dengan permintaan ibu tersayangnya.. untuk dia dan laila pergi berbulan madu, sungguh mengarut.

"bonda.. kerja kat opis banyak mana boleh pergi honeymoon." haikal cuba berlembut.. laila hanya diam membisu.
"bonda dah pun menempah tiket penerbangan, lusa kamu berdua akan bertolak, ini arahan bonda kamu kena ikut." puan khatijah bertegas walau dia tahu pasti laila menjadi bahan marahan haikal, namun dia sudah atur segalanya. pasti mereka akan bermesra disana.
"bonda suka buat ikut rancangan bonda tanpa berbincang dengan haikal." haikal bangun lalu berlalu pergi meninggalkan ruang makan. laila merenung wajah ibu mertuanya, risau puan khatijah akan berkecil hati, namun wajah wanita tua itu tenang lalu menyuruh laila meneruskan makan. dihati kecil wanita tua itu terasa terguris dengan sikap haikal yang tidak mempercayai dan menghargai laila.


didalam kamar haikal menghempaskan tubuhnya diatas tilam yang empuk. bagaikan tidak percaya yang dia dan laila akan kebali untuk honeymoon, mustahil ini semua mengarut bagaikan tidak masuk akal. mana pungkin dia bersama lali, pekerjanya malahan seorang perempuan kampung yang tak pandai bergaya. walau pun laila mempunyai sikap yang penuh lemah lembut sopan santun dan boleh dikatakan memiliki wajah yang ayu.. namun itu semua masih belum dapat membuka pintu hati haikal untuk menerima laila sebagai isteri walau pun mereka sudah disahkan berkahwin. dia juga pasti dihati laila tiada tercarit nama haikal.



seperti yang sudah dirancangkan mereka berangkat kebali dengan wajah yang muram namun masih boleh bertoleransi dengan baik, ini menyenangkan hati puan khatijah yang merasa tidak sabar hendak melihat mereka pulang dari honeymoon nanti... walau hatinya berasa bimbang akan keselamatan mereka yang tidak berapa baik itu, namun dipanjatkan doa kepada tuhan untuk kebahagiaan mereka. mudah mudahan terbuka pintu hati mereka untuk bermesra..


setelah tiba dilapangan kapal terbang mereka telah dijemput oleh pihak yang bertanggungjawab menjaga mereka sepanjang mereka berada dibali. laila yang kepenatan tertidur dibahu haikal tanpa sengaja, namun haikal tidak pula menolaknya, hanya membiarkan. ditatapnya wajah laila yang ayu berbaju kurung pahang dan bertudung itu. betapa tenang wajah wanita itu walau terpaksa bersama lelaki yang tidak dicintai dan melayan kerenah yang tidak menentu. setelah tiba ditempat ditujui haikal mendukong laila masuk kekamar kerana tidak pula mahu mengejut laila yang kepenatan. laila yang tidak menyedari lena dalam dakapan haikal.


setelah terjaga dari lena laila terkejut kerana dia sudah berada diatas katil dan haikal pula tertidur disebelahnya, dilihatnya haikal sudah berseluar pendek.. dia mengejut haikal yang sedang lena
"awak macam mana saya ada kat sini?" jelas laila kecemasan dan kelam kabut
"awak yang bangun sendiri." haikal acuh tidak acuh. mana mungkin dia berterus terang.
"dan kenapa awak tidur kat sini?" haikal baru tersedar yang dia tertidur selepas menukar pakaian.
"saya terlelap, awak g mandi perut saya lapar." haikal bangun lalu mencuci muka, laila pula yang masih kebingungan bingkas bangun lalu mencapai tuala dan pakaian yang masih berada didalam beg bajunya lalu bersiram.

bab 18

dihari yang panas itu laila bersama siti menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat waktu zohor.. sebelom kemasjid tadi mereka baru sahaja habis meeting bersama pelanggan baru syarikat. tak sangka pelanggan yang melanggan syarikat dimana mereka kerja adalah bekas kekasih siti dizaman sekolah. namun lelaki tersebut sudah berkeluarga, siti juga bagaikan tiada apa berlaku kerana baginya semuanya sudah berlalu. selesai solat mereka meneruskan perjalanan pulang kepejabat, laila yang kepenatan hanya berdiam diri, dihari ini dia juga kurang sihat kerana semalam menjaga ibu mertuanya yang demam. setibanya dipejabar laila menuju ke opis haikal untuk menyerahkan dokument pelanggan.. namun didalam pejabat, haikal sedang berpelukkan dengan seorang wanita pastinya tina.

"lain kali nak masuk ketuk dulu!" haikal mula berang, tina pula hanya menjeling laila.
"maaf" laila berlalu pergi tanpa menyerahkan dokument. hatinya sedikit pun tidak cemburu, siti yang mengetahui akan adanya tina diopis haikal dari staf lain turut simpati setelah melihat wajah sugul laila. tidak tahu bagaimana untuk memujuk laila, apa yang berlaku kepada laila amat berat untuk dihadapi, mugkin hanya laila dapat bertahan dengan situasi itu. haikal memang tidak akan berubah.


puan khatijah yang semakin sembuh terasa kepanasan tatkala mendengar akan makjah bercerita sikap haikal terhadap laila, kasihan menantunya itu kerana dia terbaik dan pengorbanannya selama ini haikal tidak menghargai. dia akan mengatasi masalah ini dengan lebih mendalam untuk perubahan haikal juga kebahagiaan mereka. dia kahwin kan mereka bukan untuk saling menyakiti. baginya laila cukup sempurna, tatkala dia sakit laila lah yang bersengkang mata menjaga dan merawatnya, manakala haikal hilang entah kemana. puan khatijah membuat keputusan untuk mereka berbulan madu dibali mungkin dengan cara itu mereka boleh bermesra.

Sabtu, 25 Disember 2010

bab 17

pagi minggu yang agak suram itu.. laila menyiapkan sarapan pagi untuk ibu mertua dan suaminya. ibu mertua laila yang demam dihari itu tidak larat untuk membantu laila, kebiasaannya mereka akan menyiapkan sarapan pagi bersama. namun laila memahami dan lebih selesa buat sarapan sendiri. setelah sarapan siap dihidang untuk haikal, laila membawa pula sarapan untuk ibu mertuanya dibilik. tibanya dibilik wanita tua itu sedang lena tidur, pasti kesan ubat yang diberinya malam tadi masih dikawalan badan puan khatijah. dirasanya dahi puan khatijah.. sudah tidak panas.. namun dibiarkannya ibu mertuanya melenakan diri.. lalu sarapan diletakkan dimeja solek.

didapur haikal yang sedang sarapan hanya melihat langkah laila yang lemah namun tidak berkata apa. laila yang seakan tidak terpandang haikal menuju kearah belakang daput yang terletak satu bilik mencuci pakaian. laila membuka suiz mesin basuh lalu mencuci pakaian yang sepatutnya dicuci semalam, namun terbantut kerana semalam dia keletihan selepas pulang kerja. sedang mencuci haikal menghampirinya namun laila hanya berdiam, menanti haikal bersuara.

"awak ngadu apa kat bonda?" kedengaran tegas suara haikal.
"ngadu apa?" laila seakan acuh tak acuh.
"dia bonda saya, jangan cuba pengaruh dia untuk mengetahui tentang kita." kelihatan haikal berang dengan sikap laila seakan tidak menghormatinya.
"bonda tanya saya pasal kandungan, saya hanya jawab belom ada rezeki.. itu sahaja..." laila cua menegakkan kebenaran.
"awak jangan cuba beritahu bonda tentang hubungan kita yang tidak pernah bersama!" haikal menudingkan jarinya tepat kewajah laila. laila menepis namun haikal sempat menggenggam tangan laila dengan keras.
"jangan cuba melawan.. buruk padahnya!" haikal semakin marah dengan sikap laila yang agak berkeras dengannya.
"sebelom ini pun saya dah terima padahnya selama kahwin dengan awak." laila meninggalkan haikal yang masih bersisa kemarahannya. dalam langkah yang agak marah laila menaiki tangga dengan hentakan kaki yang kuat, mereka tidak sedar akan pergaduhan mereka telah didengari oleh pembantu rumah. mak jah turut simpati dengan nasib puan laila yang sentiasa beralah dengan sikap tuan haikal. kasihan wanita semuda itu dibelenggu masalah yang tidak tahu bila akan menemui kesudahan.


dikamar, laila menangis sepuas hatinya. hanya dia mengetahui segalanya tidak tahu langkah apa patut dilakukannya. ujian yang melanda bagai tiada kesudahan. laila juga tahu berdosa melawan atau meninggi kan suara terhadap suami. namun sikap haikal yang tidak menentu membuatkan hatinya tidak keruan dan kemarahan tidak dapat ditahan lagi. namun dalam kesedihan haikal teringan ibunya dan fizrul. wajah mereka silih berganti bermain dimindanya. ditatapnya gambar fizrul dan ibunya, saat itu hatinya menjadi tenang. dahulu fizrul tidak pernah menengkig atau berkasar padanya. berbeza sikap fizrul dan haikal. ibunya juga tidak pernah memarahinya sepertimana haikal memarahinya.. air mata semkin berjujuran dipipi tatkala teringat akan pertunangan fizrul dengan wati kawan sekolah mereka. mereka juga kahwin atas pilihan keluarga. namun laila pasti wati akan bahagia bersama fizrul, sikap penyayang dan perihatin fizrul sudah cukup untuk hubungan mereka.

"laila buka pintu." kedengaran sayup suara haikal diluar kamar.dengan kelam kabut laila mengesat air mata dipipi lalu menuju kepintu dan dibukanya pintu kamar dengan wajah yang muram.
"saya nak keluar.. nak kirim apa2?" jelas diwajah haikal bagai tiada apa yang berlaku. dasar lelaki x berperasaan!. laila hanya menggelengkan kepala dan wajah haikal tidak langsung ditatapnya. sebelum haikal berlalu pergi laila menyambar tangan haikal lalu menyalam tangan haikal. haikal yang sudah biasa dengan tindakan laila akan menyalamnya sebelom dia melangkah pergi hanya berdiam diri lalu pergi tanpa tindak balas yang sewajarnya. laila juga sudah tahu riaksi haikal bagai sudah lali dan tiada apa yang patut dipersoalkan.

Selasa, 21 Disember 2010

bab 16

dihari ini seperti biasa laila dan haikal mula bekerja. pada mulanya haikal hendak menaiki kereta yang sama, namun laila menolaknya dengan lembut. katanya tidak mahu kawan sepejabat mengetahui akan hubungan mereka. haikal hormat dengan keputusan dan permintaan laila. ada baiknya dirahsiakan dahulu hubungan mereka kerana haikal juga tidak mahu kekasihnya tahun. kalau tina tahu pasti kecoh jadinya. pasti laila jadi bahan amarahnya. laila tidak bersalah, ini semua mungkin takdir.

pada waktu lunch laila seperti waktu dia bujang dulu, dia akan lunch bersama siti. siti yang kehairanan melihat tingkah lakunya bersama haikal bagaikan tiada perubahan. hanya inai dijari mereka sahaja yang kelihatan kemerahan tidak pula pada hubungan mereka. siti sudah jangka ini semua akan berlaku. namun dia sebagaikan hanya mampu menasihat dan bersimpati akan nasib mereka.
siti dan laila seperti biasa makan direstoran yang berdekatan. sedang mereka makan mereka dihampiri haikal bersama seorang wanita yang kelihatan cantik.. bentok badan potongan model, gaya jalan lenggang lenggoknya memang membuat mata terpesona. laila hanya berdiam diri tanpa rasa apa2. cemburu? tidak mungkin. walau mereka jalan berpimpin tangan makan bersuap, laila sedikit pun tidak hairan. mereka hanya digelar suami isteri hanya diatas surat nikah dan dihadapan ibu mereka. tidak ditempat lain. mereka berhak buat apa sahaja mereka suka. setelah habis makanan yang dihidang dan masa pun hampir untuk mereka masuk kerja laila pergi kekaunter untuk membuat pembayaran namun makanan yang mereka makan sudah pun dibayar oleh haikal. laila tidak berkata apa hanya tersenyum tatkala mata mereka bertentangan.


dimalam yang dingn itu, laila berada dijendela memandang sepi suasana diluar. bermacam benda dipikirkan dikepalanya. semuanya bercampur satun. dia melepaskan keluhan yang berat. haikal tiada dirumah, pasti keluar enjoy. dia sudah tahu serba sedikit tentang diri haikal dari bonda haikal. dia juga tahu mengapa mereka dijodohkan. persoalan yang bermain dimindanya hanya satu.. boleh kah perkahwinan ini merubah hidup haikal? agak berat tanggungjwab yang ditanggungnya. untuk merubah seseorang bukanlah dalam bidang yang diceburinya.. ditambah lagi lelaki seperti haikal. mustahil ini semua mengarut.

Jumaat, 17 Disember 2010

bab 15

setelah seminggu berada dikampung kini mereka pulang ke kuala lumpur untuk meneruskan hidup seharian seperti biasa. dihari itu juga merupakan hari pertama laila menjejakkan kaki kerumah haikal dan ibunya. rumahnya terletak damansara, kawansan itu memang kebanyakkan rumah yang besar2. laila teruja melihat keindahan dan kecantikkan rumah mereka, bagai tidak percaya dia akan mendiami rumah itu. dalam kegembiraan melihat rumah yang indah tersergam laila memangdang wajah haikal yang hanya berdiam diri berdiri dengan angkuh disisi kereta honda accord milik ibunya. kalau tidak kerana dia suami laila pasti laila akan menjelingnya.

"laila tunggu apa lagi? marilah masuk kerumah bonda.." puan khatijah sememangnya menyayangi laila sejak mula dia berjumpa laila. entah mengapa dirasakan wanita itu boleh mengubah anaknya. insyallah....

laila melangkahkan kaki masuk kerumah yang besar... sekali lagi laila teruja dengan hiasan yang ada didalamnya, ruang tamunya yang besar dihiasi dengan sofa yang cantik pasu bunga yang indah bagaikan disyurga. rumah sebesar itu hanya dihuni mereka berdua. ada juga pembantu rumah, pekebun dan drive.. mereka telah disediakan rumah dibelakang rumah puan khatijah oleh puan khatijah sendiri. mereka adalah anak beranak, lama juga mereka berkhidmat untuk keluarga puan khatijah. pasti puan khatijah majikan yang baik dan perihatin sebab itu mereka bertahan lama.

laila ditunjukkan bilik yang besar dan telah dihiasi dengan hiasan dinding yang cantik berbunga floral.. pasti bilik itu haikal yang menghuninya sebelom ini. puan khatijah sengaja mengubah suai bilik itu kerana ianya lebih selesa dan sesuai untuk pasangan muda seperti mereka berdua. laila yang teruja dengan layanan yang diberi hanya tersenyum dan ucapan ribuan terima kasih tak lekang dari bibir manisnya.

haikal yang tidak selesa dengan perubahan biliknya hanya berdiam diri tidak bisa membantah kerana sudah dilakukan pun bukan boleh ubah balik. puan khatijah meninggalkan mereka berduaan.

laila yang masih kaku dengan statusnya mengemas kain baju untuk diletakkan didalam almari, namun belom sempat tiba dialmari haikal menyekat perjalanannya.

"nak kemana?" dengan mata yang agak membesar.
"nak simpan pakaian." laila menundukkan kepala kerana tidak mahu bertentang mata dengan haikal yang bagaikan harimau. haikal membuka almari lalu ditolaknya baju2nya kearah sebelah kanan...
"belah kiri ini untuk pakaian awak... jangan kacau barang saya, lagi satu bila tidur awak tidur dikatil dan saya akan tidur disofa." haikal menuding jarinya kearah sofa bilik yang memang dibelinya sejak bujang. laila hanya mengiyakan apa yang haikal mengarahkan tidak berani membantah.

Khamis, 16 Disember 2010

bab 14

dipagi hari yang indah itu laila menyiapkan sarapan pagi, kebiasaannya dia akan menyiapkan sarapan hanya untuk berdua iaitu dirinya dan ibunya namun dihari itu dia menyiapkan untuk 4 orang termasuk ibu mertua dan suaminya. sememangnya terasa kekok lebih2 lagi waktu tidur malam tadi,mujur haikal tidur dibawah katil dengan rela hati.

"saya tak kan sentuh awak, awak jangan risau, kita buat sahaja macam biasa, saya tidak tahu awak lah yang akan jadi isteri saya. dihadapan mereka kita suami isteri namun dibelakangnya tidak paham?" kedengaran ayat yang amat keras untuk laila. namun dia tidak tersentuh kerana ini permulaan yang mencabar untuknya. apa yang dikhuatirkan ialah sampai bila mereka harus berlakon dihadapan ibu mereka?

lamunan laila terhenti saat mendengarkan ibu mertuanya keluar dari bilik air setelah lama bersiram. katanya air kampung sejuk semula jadi sedap. masih kekok untuk laila memanggilnya ibu. setelah sarapan siap dihidang laila menuju kebilik untuk mengejut haikal. pasti lelaki itu tidur tanpa sedarkan diri. laila membuka pintu biliknya dengan perasaan yang tidak tahu dirasakan berdebar atau sebaliknya.

"nak apa?" tersentak laila tatkala disapa seperti itu padahal itu biliknya, masakan biliknya sendiri tidak boleh masuk.
"sarapan dah siap." hanya sepatah lalu laila melangkah pergi. haikal hanya membontoti isterinya.


mereka sarapan berempat dengan keadaan yang agak riuh dengan hilai tawa besan yang amat bahagia dapat berkumpul bersama buat kali pertama. laila dan haikal hanya menumpukan pada makanan yang telah dihidang.


tengahari itu laila membawa haikal kepantai yang selalu dikunjunginya namun perasaan hari itu tidak sama dengan kebiasaanya. sedang laila meniti pantai dia terlihat akan fizrul yang sedang bermenung ditepi pantai, hendak dihampirinya pasti fizrul akan melarikan diri. alangkah indahnya jika dia bukan isteri haikal, pasti jejaka itu akan didekatinya lalu bergurau senda seperti waktu dahulu.

"boyfriend ke?" sekali lagi haikal mematikan lamunan laila.
" dulu tapi bila saya telah dikahwinkan bersama awak..." kata2 laila terhenti disitu kerana tidak mahu terjadi apa2...
"saya tak sekat awak nak berkawan dengan sapa itu hak awak, begitu juga saya." haikal berlalu pergi meninggalkan laila. setiap langkahnya tidak lagi terasa beban tatkala mengetahui laila mempunyai kekasih disini. apa salah wanita itu sehingga sanggup dilakukan begitu? padahal laila juga seperti dia tidak tahu pasangan mereka siapa. kini dia sudah menjadi suami laila dan laila isterinya bagaimana pula dengan pejabat? semua pekerjanya tidak tahu yang dia dan lali sudah berkahwin, bagaimana kalau sakinah kekasihnya mengetahui akan hal ini? pasti kecoh. arggghhh suasana indah dipantai itu tidak lagi dapat membantu haikal melupakan semua masalahnya.



fizrul yang terlihat akan laila yang sedang keseorangan mengutip kerang dihampirinya tanpa perasaan gentar.
"mana suami?" mata mereka bertentangan seakan tiada apa yang berlaku.
"awak kalau awak nak tahu dia juga bos saya.. saya tak tahu macamana ini boleh terjadi." sayup sahaja suara laila..
"ini semua dugaan.. setiap ujian ada hikmahnya... namun setiap langkah jangan pula awak meminta balasan dariNya kerana itu tidak ikhlas namanya." laila merasakan fizrul begitu matang dan baik. dengan nasihat fizrul ini membuatkan laila bersemangat untuk kembali bangkit dari segala kecelaruan. kasihan lelaki sebaik ini ditinggalkan laila. namun laila tidak sengaja memutuskan hubungan mereka, keadaan memaksa laila untuk melakukan sedemikian. kini segalanya sudah berlalu.

Selasa, 14 Disember 2010

bab 13

bagaikan tidak percaya dihari ini adalah hari pernikahannya namun tidak tahu siapa pasangannya. bila diceritakan pada orang lain pasti orang lain akan mentertawakannya, majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup tetap berjalan dengan lancar. laila yang sedang didandan oleh andaman yang telah ditempah oleh ibu hanya berdiam diri tidak banyak berbicara. saudara mara dan rakan yang mengetahui akan majlis pernikahannya telah siap berkumpul dari semala. hanya beberapa jam sahaja lagi dia akan bergelar isteri, sekelip masa dia menyandang gelaran yang tidak pernah diduga seawal itu. segala persiapan telah diatur oleh ibunya dia hanya menurut perintah tanpa ada bantahan. biarlah ibu bahagia, hanya dengan kebahagiaan ibu akan membuat dia juga bahagia. fizrul juga hadir pada hari pernikahan itu kerana menghormati akan keputusan dan ketentuan yang telah tertulis dalam hubungan mereka. laila tatkala terlihat kehadiran fizrul bagaikan terkaku kerana dia tidak sangka dihari ini bukan fizrul yang akan bersama dia, namun insan lain, insan yang dia sendiri tidak kenal.


tibalah masa untuk akad nikah, laila yang berada dibantal penggantin semakin berdebar debar tatkala terlihat akan tetamu yang hadir dan terlihat pula puan khatijah hadir dimajlisnya, sedangkan dia tidak memberitahu kawan sepejabat kecuali siti itu pun sudah dipinta untuk merahsiakan. suasana dimasjid menjadi sepi dan pilu tatkala tok kadi hadir dengan seorang lelaki berpakaian penggantin dan agak segak. siti yang terlihat akan kelibat lelaki itu hanya menundukkan kepala tidak pula terdetik untuk melihat siapa bakal suaminya. lelaki tersebut dan tok kadi duduk tidak jauh dari laila dan laila dapat melihat dengan jelas akan bakal suaminya, dan alangkah terkejutnya dia bahawa haikallah bakal suami dia, dan direnungnya wajah puan khatijah dengan penuh kehairanan. mungkin inikah suratan? tidak terdaya untuk berkata apa, laila hanya akur dengan apa yang telah ditentukan. dengan sekali lafaz laila sah menjadi isteri haikal.


haikal menuju kearah penggantin perempuan dengan langkah yang agak lemah kerana tidak disangka pekerjanya kini adalah isterinya, kecil betul dunia ini. ditatapnya wajah laila yang ayu dengan solekan yang tidak berapa tebal dan diukirkannya senyuman, lalu berlakulah pembatalan air sembahyang. dan majlis berjalan dengan lancar pada malamnya dengan kenduri kesyukuran dirumah laila.

semua tetamu yang hadir telah pun pulang dan laila yang kepenatan masuk kekamar untuk membersiram kerana kepenatan. dilangkahkannya kaki menuju kebilik lalu daun pintu dibukanya tanpa mengetahui haikal berada didalam sedang memakai tuala.

"opppssss maaf saya tak tahu ada orang." laila melangkah keluar tanpa menanti jawapan haikal. dihatinya terdetik bagaimana dan bila pula haikal masuk kedalam kamarnya dan pandai pandai sahaja masuk kekamar tanpa meminta izin. namun bila terlihat cincin dan inai dijari barulah dia tersedar haikal berhak masuk ke kamarnya tanpa izin. bila ingat kan statusnya kini laila menjadi tidak keruan bila terpikirkan yang mereka akan tidur bersama dan..

"toilet kat mana?" suara haikal mematikan lamunan laila yang melalut entah kemana. ditatapnya susuk tubuh haikal yang hanya berkain tuala, agak segak...

"tak kan jadi pekak pula?" wajah haikal menunjukkan yang dia sudah mula berang.
"ermm maaf, ada dekat daput nanti awak nampaklah." laila tidiak berani lagi untuk menatap wajah haikal. setelah haikal pergi laila kembali memasuk kekamarnya, niat hati untuk membersihkan diri namun setelah dia teringat akan haikal yang juga sedang bersiram dia mematikan dahulu niatnya. dipandangnya kearah katil yang telah dihias cantik dengan pandangan yang sepi. tanpa disedari dia sudah pun menghempaskan tubuhnya diatas tilam yang empuk lalu terlena kerana kepenatan.


disudut dapur pula kelihatan puan khatijah dan puan ina sedang mengemas segala pekakas yang sudah siap dicuci dengan wajah yang bahagia.
"tak sangka lama tak jumpa kini kita berbiras kan ina." jelas ada kkebahagiaan disuara puan khatijah.
"yelah tijah oii harapnya anak kita tu sukalah hendaknya dan cara kita ini tidak salah." puan ina merasa bimbang akan rancangan mereka menjodohkan anak mereka. namun semua yang dilakukan adalah untuk kebahagiaan mereka.

Ahad, 12 Disember 2010

bab 12

"apa ibu? kahwen?" haiqal terkejut dengan soalan yang diajukan oleh ibunya.
"iyalah kahwin. umor haikal pun dah semakin menigkat ibu pula tak tahu bila akan dijemput pulang kepadaNya."haikal terdiam tiada apa yang perlu dijawab. ibunya sudah memilih jodoh buatnya. dia harus menurutnya. walau pun hati agak keberatan dan dia tidak kenal siapa gadis pilihannya namun apakan daya dia tidak mahu menjadi anak derhaka.

dimalam itu puan khatijah menelefon puan ina lalu merancang bulan hadapan mereka akan mengadakan majlis peminangan dan sebulannya pula akan berlangsung hari pernikah. terpancar di dua wajah ibu itu dengan cahaya yang bersinar. mereka bakal mengikatkan anak mereka dan hubungan mereka akan semakin rapat. pasti laila bisa mengubah pendirian haikal. hanya itu yang diharapkan. sejak mula melihat laila dihospital hatinya menjadi sejuk dan berkenan dengan tatasusila laila. tak sangka laila adalah ada kawan baiknya. namun puan khatijah tidak memberitahu haikal siapa bakal istrinya hanya hari nikah mereka akan berjumpa begitu juga dengan laila.


seperti yang dirancangkan laila dengan rasminya menjadi tunang haikal namun mereka masih tidak tahu siapa bakal menjadi pasangan mereka. dihari itu juga tidak ramai yang tahu mereka ditunangkan. hati fizrul teramat sedih dengan apa yang berlaku namun dia redha dengan ketentuan.tidak pula dia menyalahkan laila kerana laila hanya mengikut kata ibunya, dan laila tidak mahu digelar anak derhaka. hanya doa mereka berkekalan keakhir hayat itulah yang mampu fizrul lakukan walaupun dia tidak mengenali siapa bakal suami laila.


laila bermenung dibilik yang sunyi sepi, dilihatnya barang hantaran pihak lelaki dan cincin yang telah disarungkan oleh wakil pihak lelaki. kawan ibu dan merupakan bakal mertuanya tidak hadir kerana masalah kesihatan. pandangannya sepi bagai tiada apa yang istimewa dimalam itu.

bab 11

laila bergegas pulang kekampung setelah dipinta oleh ibu tersayang, sepanjang perjalanan kerisauan melanda diri. berbagai persoalan yang bermain dipikirannya. mungkin kah ibu sakit? didalam bas laila menghabiskan masa dengan tidur maklum perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang panjang mengakibatkan punggungnya kepenatan dan matanya menjadi layu.

setelah sampai diperhentian laila mencari teksi untuk terus kerumah ibunya, hatinya tidak tertahan menahan persoalan yang terus diajukan oleh hatinya. jelas kegelisahan wajah laila tatkala melihat umah ibunya sunti dan berkunci.. kemana pula ibu pergi? laila tiada kunci simpanan lalu menanti ibunya dengan melabuhkan punggung ditangga rumah. setelah hampir setengah jam laila menanti akhinya ibunya pulang dengan wajah yang amat ceria. terlihat akan ibunya laila lantas meluru kearah ibunya lalu mengucup tangan ibunya.
"ibu.. ibu sihat?" jelas kerisauan diwajah anak kesayangannya. kasihan laila kerana diperlaku begini.
"ibu sihat jom masuk." laila merasa lega dengan jawapan yang diberikan. namun kehairanan kerana ibunya menyuruh dia pulang dengan segera. ada perkara ke yang mahu ibu bicarakan? namun dibiarkannya dahulu soalan itu menganggu pikirannya, mungkin malam nanti akan dipertanyakannya......


selepas makan malam laila membantu ibu membasuh pinggan. dikesempatan itulah dia bertanyakan ibunya akan soalan yang menganggu pikiannya sejak dari tadi.
"ibu... suruh laila balik kenapa?" ibunya hanya tersenyum lalu menjawab
" ibu sudah tua nak.. ibu teringin meminang cucu... umo kau pun sudah semakin dewasa.." laila tidak menjangka akan soalan yang diberikan ibunya. bagaikan tidak percaya ibunya akan mengajukan soalan sedemikian dan memintanya pulang untuk bercerita pasal kahwin. namun dia paham perasaan ibunya.
"macam ni ibu ada sorang kawan dia berkenan dengan laila untuk dijadikan menantu. ibu pun berkenan dengan anak dia." kali ini laila bertambah terkejut kerana ibunya sudah menjodohkannya dengan insan yang dia tidak kenal. laila hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu hendak dijawab apa dia bagaikan terkedu.

bab 10

suasana dikampung memang berbeza dengan suasana dikota. puan khatijah yang sudah tiba dikampung sahabat baiknya masa mereka masih anak dara dulu tersenyum melihat sebuah umah yang tersergam indah dengan ukiran kayu yang cantik dan ada taman bunga kecil yang indah dan dihiasi dengan bunga yang mekar ada pula pokok buah buahan, inilah kampung memang damai dan permai.

"assalamualaikom..." puan khatijah memberi salam dengan penuh kesopanan.
"walaikomussalam.." kedengaran sayup suara tuan rumah menyambut salam dan tidak berapa lama kemudian ibu laila menjengah kepintu melihat tetamu yang hadir. alangkah terkejutnya dia kawan baiknya yang telah lama tidak jumpa muncul dihadapan mata. dijemputnya puan khatijah masuk kedalam rumah dan mereka berpelukan dengan ai mata yang menitis. bagaikan mimpi mereka dapat bertemu. tengah hari itu mereka makan bersama dan tentunya banyak cerita yang mahu dikongsikan mereka. bermacam macam cerita mereka kongsikan dan mereka senasib kerana suami masing2 sudah meninggal dunia dan mempunyai anak tunggal yang bezanya khatijah anak lelaki dan ibu laila anak perempuan.

"inilah gambar anak aku, sekarang dia kat kuala lumpur bekeja." pn khatijah menyambut gambar yang dihulurkan oleh ibu laila iaitu pn ina. alangkah terkejutnya pn khatijah bila mendapati wajah laila yg dilihatnya.
"ini pekerja anak aku ina. ya allah kecilnya dunia, memang baik budak laila ni. aku suka sangat kalau boleh nak dibuat menantu."
"kau ni kesitu pula.."
"aku tak bergurau, aku serius ni... dia boleh ubah haikal... haikal selalu keluar malam dan berfoya foya, aku nak dia berubah."
"takkan dia tak ada teman wanita.."
"ada tapi semua aku tak berkenan tiada adab."
'biasalah anak muda tijah."

mereka besepakat untuk menjodohkan anak mereka. pasti mereka akan mendengar cakap mereka, ini semua mereka lakukan untuk kebahagiaan anak mereka. malam yang indah itu mereka habiskan masa dengan berbual dan menonton tv bersama bagaikan masa zaman muda dahulu.

bab 9

bagaikan orang hilang arah, haikal mundar mandir dikawasan opisnya menanti kehadiran pemandu ibunya yang telah berjanji untuk lunch bersama. namun setelah hampir setengah jam haikal menanti tidak juga mereka tiba. haikal sememangnya orang yang tidak suka menanti kerana ianya hanya membuat darahnya naik dan kemarahannya akan meluap. haikal membuat keputusan untuk naik ke atas sekiranya mereka tidak tiba sepuloh minit akan datang, namun belom sempat 3minit mereka hadir. haikal menyusun langkah masuk kedalam kereta dengan wajah yang agak kemerahan dek kepanasan dan kemarahan.
"ibu kemana? kenapa lambat? penat tahu qal tunggu." dilihat wajah tenang ibunya yang hanya berdiam.
"cubalah belajar bersabar. yang haikal pergi tunggu kat luar kenapa? kan boleh tunggu didalam tidaklah panas. kami tersangkut kesesakan jalan raya tadi, macam kamu tak tahu sahaja jalan di kuala lumpurni kat mana yang tak jem?" haikal hanya berdiam dengan jawapan ibunya. setelah beberapa minit kereta dipandu oleh pak halim akhirnya mereka tibalah direstoran yang telah ibunya rancangkan.

setelah memesan makanan yang mereka mahukan pn khatijah tersenyum melihat kemuraman wajah haikal yang tidak hilang lagi kemarahannya.
"hujung minggu ini ibu mahu pergi kampung kawan ibu, lama rasanya tak menjenguk dia" pn khatijah memulakan bicara dengan senyuman yang manis.
"ibu nak pergi berapa hari? ibu nak tinggalkan qal sorang2 ker?" direnungnya wajah ibunya dengan pandangan yang penuh persoalan.
"tak lama 4 hari sahaja. alah qal pun selalu biarkan ibu seorang dirumah pagi pergi kerja, petang balik, malam keluar berfoya dan lewat malam baru pulang. qal jangan risau mak monah kan ada." perbualan mereka terhenti kerana hidangan sudah pun tiba. mereka menikmati hidangan dengan penuh selera.


petang itu laila dan siti menghabiskan masa petang mereka dengan menyiram pokok bunga dihalaman umah mereka. mahu joging terasa badan letih, maka mereka menyiram pokok bunga yang telah lama mereka tidak menyiram pokok bunga yang mereka tanam. dipetang itu hari tidak berapa panas dan penyiraman mereka berjalan dengan lancar. esok hujung minggu mereka plan hendak menonton wayang bersama. siti tidak keluar dating dengan teman lelakinya kerana teman lelakinya balik kampung.

"laila awak tak bosan ke tak ada pakwe disini?" laila hanya tersenyum dengan soalan yang diberikan.
"tak lah awak.. cukop lah dengan fizrul tu." laila hanya menjawab dengan ringkas. siti hanya mendiamkan diri, betapa setianya laila terhadap fizrul. sekiranya dia berjauhan pastinya sudah pasang lain.

Sabtu, 11 Disember 2010

bab 8

"encik haikal..." haikal tersedar dari lenanya tatkala mendengar suara laila mengejutnya. wajah laila direnungnya dengan pandangan kosong.

"baliklah encik saya ok...' laila memalingkan mukanya. tidak sanggup ditatapnya wajah haikal yang bengis.
"saya minta maaf semuanya sebab saya." lemah sahaja haikal mengaku kesilapan. laila hanya berdiam diri tidak mahu berbahas lagi. apa yang terjadi malam itu betol2 menakutkannya. haikal bangun dari duduknya lalu pergi meninggalkan laila. pasti laila tidak mahu diganggu.
"encik tolong jangan telefon ibu saya. saya tak nak dia risau keadaan saya." haikal hanya berdiam dir, didalam hati terdetik bahawa laila seorang yang kuat sehingga sanggup menyembunyikan perkara yang boleh meragut nyawa dan mahkotanya dari pengetahuan ibunya. betapa cekalnya hati wanita ini. namun dia masih tidak dapat memaafkan dirinya....



setelah 3 hari ditahan didalam wad akhirnya laila diizinkan pulang setelah kesihatannya beransur pulih. kepulangan laila dihantar oleh haikal dan puan khatijah. haikal sengaja membawa ibunya kerana hanya dengan ibunya pasti laila daat memaafkan kesilapannya. begitu senang sekali ibunya bersama laila seakan laila itu anaknya. maklumlah ibunya tiada anak perempuan mungkin sebab itu ibunya mudah mesra dengan laila. setelah beberapa teman wanitanya dibawa ulang berjumpa ibunya tidak seorang pun dilayan leh ibunya seperti laila. mungkin ibunya juga turut berasa bersalah diatas perbuatan haikal yang mengakibatkan kesan buruk pada laila.


laila diberi cuti 2hari lagi oleh haikal. kerana haikal mahukan laila benar2 sembuh. ada petang itu haikal datang kerumah laila dengan harapan laila dapat memaafkannya. haikal membawa laila pergi ketaman ermainan yang berdekatan dengan rumah laila.

"ada apa encik haikal nak jumpa saya?" laila tidak sedikit pun menoleh kewajah haikal.
"saya nak minta maaf atas..." laila tidak mengizinkan haikal meneruskan bicara
"sudahlah encik haikal... semua sudah berlaku dan saya berterima kasih pada encik haikal kerana sudi membantu saya dimalam itu." laila melangkahkan kaki untuk pulang namun haikal tidak mengaku kalah.
"awak tak sudi memaafkan saya?" laila kehairanan melihat cara haikal yang bagaikan orang lain
"siapa saya untuk menghukum encik haikal? saya hanya perempuan kampung sahaja. biarlah lepas ini kita anggap tak ada apa yang berlaku. assalamualaikom." laila terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi, haikal yang kehairanan juga meninggalkan taman itu dengan perasaan yan marah. sudah dibuang ego atas kesilapannya namun tidak dihargai.



pagi itu seperti biasa laila memulakan pekerjaan dengan menyemak semua fail yang berada diatas mejanya. berlambak dengan kerja yang terbengkalai namun ianya sudah pun kerja kan jadi buat sahajalah dengan hati yang ikhlas. haikal yang baru hadir sempat melihat gelagat laila yang sedang kesibukan dengan kerja. sengaja diletakkan banyak fail keatas meja laila. inilah balasannya kalau aku cuba buang ego aku atas kesilapan aku tapi kau pula yang menunjuk ego kau. haikal berlalu pergi tanpa meminta laila membancuhkannya kopi seperti sebelom ini.


hari yang amat memenatkan. setelah tiba masa balik kerja, laila bersama siti balik kerumah bersama kerana siti tak mahu laila ditimpa kecelakaan lagi. apa yang berlaku pada laila amat menakutkan siti. hanya laila kawan yang dia rapat tidak insan lain. kerana laila kawan yang baik dan ikhlas menerima diri dia seadanya. banyak yang telah laila nasihatkan siti tentang kehidupan siti yang agak liar. siti terima nasihat laila sebagai seorang kakak menasihati adiknya.


dimalam itu laila dan siti menjamu selera dirumah dengan hasil masakan siti iaitu udang sambal lauk kegemaran mereka berdua. mereka menjamu selera dengan begitu selera dan tanpa gangguan. malam mereka dihiasi dengan menonton movie cerita meteor garden. cerita yang sememangnya menyentuh hati mereka.

bab 7

setelah satu minggu mereka bercuti akhirnya dihari ini mereka kembali bekerja. dihari itu mood haikal tidak berapa baik kerana banyak kerja yang tergendala dan ada beberapa masalah yang belom dapat diselesaikan. sebaik sahaja dia terlihat wajah laila, dia meminta laila membancuhkan dia kopi. entah mengapa dirasakan sejak laila kerja disyarikatnya dia rasa ada sesuatu tentang laila oleh sebab itu dia sentiasa meminta laila membancuhkan kopi dan ada sahaja yang hendak dikenakan oleh laila. bagai ada aura lah senang cerita. namun tidak pula dia rasa dia jatuh cinta pada laila, kerana dari cara laila dan dalam diri laila tiada ciri2 wanita idamannya. namun kalau ibunya yang lihat laila pasti berkenan habis kat laila. sejak laila cuti seminggu yang lalu bagai hidupnya tidak terurus, padahal laila bukanlah kekasihnya, hanya staftnya sahaja.


"ini kopinya encik...." belom sempat laila meletakkan kopi diatas meja tiba2 tangan haikal tertepis tangan laila lau ait kopi tadi tertumpah diatas fail kerja haikal dan terkena pula seluar haikal. haikal dengan bengis memandang laila yang jelas ketakutan.
"macam mana awak buat kerja ni?" haikal mengking laila dengan kuat sehingga luar opis haikal pun boleh dengar.

"errrr maafkan saya encik haikal, saya tak sengaja." laila menundukkan kepala tidak berani memandang wajah haikal bagaikan harimau.
"itu sahaja yang awak tahu dari dulu, seminggu cuti jadi macam nie. so nie sapa nak buat balik paper ni semua?" semain besar mata haikal melihat laila.

" saya...." tidak sempat laila menghabiskan bicaranya haikal pula menyampuk
"saya tak pedulik semua ini awak buat semula saya nak esok pagi mesti siap." laila kehabisan akal untuk membantah. dengan hati yang sebal haikal keluar dengan meninggalkan laila yang sedang kelam kabut mengemas meja haikal.


dihari itu laila tidak pergi rehat kerana ingin menghabiskan kerja yang telah diarahkan, sehingga waktu balik pun laila tidak melangkah pulang sebaliknya dia masih diopis dan menyiapkan kerjanya sehingga lewat malam. walau kepenatan dan mata yang mengantuk laila usahakan juga. air kopi tak tahu berapa cawan telah dibancuhnya tetap juga matanya tidak segar. tepat jam 3 pagi barulah kerja semua selesai dan tanpa berlengah lagi laila melangkah pulang.

jam 3pagi keadaan agak sepi, laila ketakutan namun digagahkan juga kakinya melangkah kebastop dengan harapan adalah teksi. setibanya disana laila merasa lega ada sebuah teksi dan tanpa membuang masa laila menaiki teksi berkenaan. dalam perjalanan laila merasa bimbang kerana pemandu teksi tersebut sentiasa melihat laila dengan wajah yang menakutkan. laila memerhatikan jalan yang dituju oleh teksi tersebut namun tidak pula teksi tersebut menuju ke arah rumahnya.

"encik... lalu mana ni? ini bukan laluan rumah saya." laila memberanikan diri untuk bertanya.
'ini jalan pintas mana kamu tahu." laila merasa lega dengan jawapan yang diberikan. namun tidak berapa lama kemudian teksi tersebut berhenti disuatu simpang yang agak gelap lalu membuka pintu laila dan tiba2 memegang tangan laila. laila yang ketakutan menarik kembali tangannya namun kuasa yang lelaki itu ada membuatkan laila lemah.
"lepaskan saya..." laila meronta ronta namun tidak diendahkan pemandu tersebut.
"jalan cepat jangan banyak cerita." diheretnya laila kedalam hutan dengan tanpa belas kasihan terhadap laila. lepaskan saya tolong tolong...." laila menjerit sekuat hati namun tidak didengari seiapa. pemandu tersebut menampar pipi laila berkali kali. laila kelemahan namun tetap menjerit meminta pertolongan. baju laila dikoyakkannya dengan rakus dan leher laila dikucupnya beberapa kali, laila cuba meronta lagi dan menjerit sekuat hati dengan air mata yang telah berjujuran. tak mungkin dia merelakan mahkotanya diragut oleh jantan buaya yang tak berhati perut itu.

"tolong lepaskan saya.. jangan buat saya macam ni..." laila merayu walau dia tahu rayuannya tidak akan didengari oleh pemandu tersebut. namun ketika pemandu tersebut mencuba membuka seluarnya satu tendangan hinggap dibadannya, lalu dia jatuh tersembam. menjadilah pergelutan antara pemandu tersebut dengan haikal. laila yang dalam trauma hanya menyaksikan dengan tangisan yang tidak terhenti. setelah beberapa minit pemandu tersebut tewas ditangan haikal. haikal membuka jaketnya lalu memberikan pada laila dan menghubungi polis.

setelah pihak polis tiba mereka membawa pemandu tersebut kebalai polis, laila dan haikal juga diminta kebalai polis untuk membuat report dan membantu siasatan. selepas siasatan dilakukan laila dibawa oleh haikal kehospital untuk menjalani rawatan. laila terpaksa ditahan didalam wad kerana dia menhadapi trauma. sepanjang malam haikal menjaga laila didalam wad dengan perasaan yang serba salah. laila berada disini kerana dia kejamnya dia.

bab 6

seperti yang dirancangkan selepas magrib rumah ibu laila dihadiri oleh jiran tenagga dan sahat handai juga saudara mara, suasana menjadi sayu tatkala ayat2 suci dibacakan. hati laila menjadi hiba air mata pula tak dapat ditahan lagi, terbayang wajah tenang ayah dan saat sebelom dia menghembuskan nafas terakhir. mesih tergiang lagi nasihat ayah sebelom dia pergi agar dia menjaga ibunya dengan baik dan menjadi insan yang berguna. sesungguhnya pemergian ayah banyak meninggalkan kesan. jika dulu ayahlah ketua keluarga kin ibunyalah menjadi pengganti. pusara arwah ayah petang tadi sudah dilawatinya, pusara itu dihiasi dengan pokok bunga kemboja dan ianya tidak bersemak kerana ibu rajin membersihkan. kata ibu selagi dia terdaya dia tak akan membiarkan pusara itu terbiar usang. kerana dia akan menjaga pusara arwah seperti dia menjaga arwah. betapa dalamnya cinta ibu terhadap ayah. air mata laila semakin laju menitis tatkala terpandang gambar ayah yang segak memakai uniform askar.


setelah semua hadirin pulang laila dan siti membantu ibunya mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkok, kelihatan siti walau gadis bandar dia tidak kekok beraksi didapur. kelihatan ibu laila senang dengan cara siti dan sentiasa memuji siti semakin kembang siti dibuatnya. esok hari mereka akan pulang ke kota sunyi kembalilah ibu laila, namun dia tahu anaknya kekota untuk mencari rezeki oleh itu dia membuangkan perasaan berat hatinya untuk melepaskan anak tersayang.


dipagi hari laila dan siti sudah berangkat pulang kekota. laila yang keberatan untuk melepaskan ibunya seorang dikampung terpaksa akur akan ketentuan. dipeluk erat tubuh kecil ibunya dengan ciuman kasih sayang seorang anak, bagaikan tak mahu lepas. namun dilepaskannya juga untuk meredakan keadaan dia menyalam tangan ibunya memohon restu. akhirnya kereta siti bergerak meninggalkan kampung yang aman dan damai itu. siti juga keberatan untuk melangkah pergi namun dia percaya ada masa lagi untuknya menjengah lagi kampung itu. sebelom mereka keluar simpang dari kampung mereka bertembung dengan fizrul. laila meminta siti untuk memberhentikan kereta kerana dia ingin bertemu fizrul.

"awak saya dah nak balik awak jaga diri ya, dan tolong tengok2 kan ibu saya."ditenungnya wajah fizrul yang jelas kelihatan muram.
"baiklah.. awak kat sana jaga diri jangan lupa solat ya." laila membalas dengan senyuman manis. dihulurnya tangan untuk berjabat tangan.
"saya tetap tunggu awak." fizrul mengusap dahi laila yang sedang mencium tanganya.
"terima kasih saya hargai." sekali lagi laila merenung wajah fizrul yang kali ini sudah tenang. mereka berpisah juga untuk seketika. tak mungkin laila melupakan fizrul insan yang banyak membantunya dan keluarganya.



tepat jam 12tgh hari mereka tiba dikota yang sentiasa sibuk dan kebisingan. mereka tidak singgah dimana mana kerana mereka kepenatan dan esok harinya mereka akan kembali bekerja. kepenatan hilang tatkala terkenangkan suasana kampung yang permai.

Jumaat, 10 Disember 2010

bab 5

seperti yang telah dirancangkan laila dan siti berangkat kekampung laila dipagi hari dengan menaiki kereta siti. dalam perjalanan mereka lebih banyak berdiam kerana tiada apa yang mahu dibualkan. laila yang teruja akan berjumpa dengan ibu tercinta bagaikan tidak sabar dan bagikan mahu terbang supaya cepat sampai. hanya senyuman terukir tatkala terkenangkan makanan masakan ibu rindunya tidak terkira. lebih kurang 4jam perjalanan mereka sudah sampai dan kehadiran mereka disambut dengan hati yang senang oleh ibu laila. siti yang teruja melihat suasana kampung seakan baru dilahirkan. begitu nyaman dan indah, tiada asap seperti dikota dan tiada kedengaran bunyi kenderaan yang menggangu mereka.


dimalam yang damai itu, laila membawa siti kepantai yang berdekatan dengan rumah ibunya. siti yang melihat pantai dan dilihat pula kedada langit ada bintang amat seronok bagaikan budak kecil yang dilepaskan ibu mereka untuk bermain. laila hanya tersenyum melihat gelaat siti yang bagai orang jakun. mereka menyusuri pantai yang dipukol ombak tanpa memakai selipar. sedang mereka meniti pantai mereka didatangi oleh fizrul yang sememangnya insan yang setia menanti laila ketika laila dikota besar. betapa rindunya dia dengan gadis bernama laila.


"hai awak..." fizrul memulakan perbualan setelah dirinya betol2 menghampiri laila.
"hai awak, sihat?" laila menghadiahkan senyuman yang manis. wajah tampan fizrul direnungnya, lama tidak melihat jejaka itu, kesibukan kota membuatakan dia terleka akan hubungannya bersama fizrul.

mereka menghabiskan waktu malam dengan meniti pantai yang indah. siti yang seakan diawangan seakan terlupa akan tempat kelahiranya kota yang besar. begitu indah suasana kampung. terasa dirinya ketinggalan jauh.

bab 4

dihari minggu yang nyaman itu laila membuat keputusan untuk berjalan jalan mengelilingi kota yang besar. selama satu bulan yang lalu dia telah memulakan pekerjaannya dengan tanpa merehatkan diri, dihari ini tibalah masanya untuk dia mencuci mata dan mengetahui selok belok kota yang besar ini. dia tidak keseorangan dihari itu, dia akan ditemani kawan serumahnya juga merupakan teman sepejabatnya siti.
siti sememangnya anak jati kota itu dengan ikhlasnya menawarkan diri untuk menemani laila.


setelah penat berjalan laila dan siti mengambil keputusan untuk mengisi perut sebelom menonton wayang pada jam 3 petang nanti, restoran pizza menjadi pilihan mereka. kaki dilangkahkan kedalam restoran pizza mujur tidak ramai pelanggan pada masa itu, mereka memilih meja paling hujung dan bersebelahan cermin boleh melihat pandangan luar dan tempat yang agak tersorok. mereka memesan menu masing2.


"laila kau tak balik kampung ke?" siti memulakan perbualan setelah mereka lama berdiam.
"rasanya bulan depan lah kot, aku nak buat kenduri sikit." laila membalas dengan bibir yang mengukirkan senyuman. terbayang wajah ibu tersayang.
"kenduri sempena apa?" siti kehairanan.
"sempena arwah ayah aku meninggal 3 tahun." wajah laila berubah menjadi muram, siti berasa serba salah.
"maafkan aku.. aku tak tahu.. tapi kalau aku nak ikut boleh tak? aku tak pernah rasa suasana kampung." siti mengukirkan senyuman semoga laila juga kembali tersenyum.
"tak apalah aku dah biasa, serius ke ni? kat kampung banyak nyamuk taw." laila sempat menyakat siti.
"tak takut nyamok yang aku nak ialah menikmati suasana kampung mesti best kan?" laila hanya menganggukkan kepala. perbualan mereka terhenti disitu kerana makanan mereka telah sampai dan mereka menikmati hidangan dengan tanpa sebarang gangguan.




tepat jam 3 petang mereka masuk ke panggung wayang dan menikmati cerita yang mereka teruja untuk menonton iaitu cuti cuti cinta dilakonkan oleh farid kamil dan nora danish merupakan pertama kali mereka digandingkan. laila dan siti duduk dikerusi yang tertera nombur kerusi mereka, namun disebelah mereka adalah bos mereka encik haikal bersama seorang perempuan yang agak cantik potongan badan bagaikan model berpakaian ada style [endek kata memang sempurna. siti meminta laila duduk disebelah haikal, walau keberatan laila akur juga.

Khamis, 9 Disember 2010

bab 3

masa pantas berlalu tanpa menanti kita untuk mengekorinya... kerana itulah orang lama berkata masa itu mencemburui kita. laila yang diarahkan membancuh kopi untuk bos terasa sebal kerana dia bekerja sebagai kerani akaun namun disuruh pula membancuh kopi sudahlah tadi disuruhnya mengemas meja. hati bertambah panas bila terlihat wajah lelaki yang sombong tadi di dalam opis bos, barulah laila tahu siapa bos yang dikatakan baran dan bengis. tak dinafikan lelaki itu kacak, segak namun jika ada kecacatan dengan perangai yang macam tu hanya sia2 sahaja anugerah yang tuhan berkan. setelah kopi yang dibancuh siap laila membawanya pula kedalam opis haikal dengan penuh berhati hati.

"ini kopinya encik." laila tidak memandang wajah haikal kerana berasa takut dan mungkin benci dengan wajah yang agak bengis pagi itu.

"awak pekerja baru disini kan?" haikal memandang tepat kewajah gadis berbaju kurung itu. lailah hanya menganggukkan kepala.

"selamat bekerja disyarikat ini, mesti kamu sudah tahu serba sedikit tentang saya kan?" sekali lagi jawapan yang diberi hanya anggukan.

"baik kalau macam tu awak bua kerja ni esok pagi saya nak awak kemukakannya kepada saya." dihulurnya sebuah fail biru dan disambutnya dengan pandangan sepi.

"baik encik. ada apa2 lagi? kalau tiada saya boleh keluar sekarang?" kali ini giliran haikal pula menganggukkan kepala. laila melangkah pergi dengan perasaan yang lega kerana tidak dimarahi dengan haikal. setelah tiba di opisnya laila meneruskan kerja dengan tanpa gangguan. staf yang lain juga sibuk menyiapkan kerja yang diberikan. waktu rehat laila bersama kawan pejabatnya makan direstoran berdekatan.



haikal keseorangan pada waktu rehat, dia tidak rasa untuk makan kerana kepalanya kesakitan dan badannya agak lemah. dipanggilnya laila yang pada masa itu baru sahaja hendak melabuhkan punggung dikerusinya.


"ye encik haikal." dilihatnya wajah haikal yang pucat.
"saya nak awak buat kan saya kopi dan bawa air suam juga panadol sekarang." laila terus melangkah pergi dan lakukan apa yang haikal suruh. setelah semuanya ada laila membawanya kedalam opis haikal. panadol yang ada diserahkannya ketangan haikal, haikal menyambutnya lalu memakan panadol.

"encik tak sihat? kalau tidak sihat encik baliklah rehat." laila cuga cemas melihat haikal yang kesakitan.

"tak pe saya ada kerja yang perlu disattlekan." haikal bagakan tidak mementingkan kesihatannya. laila hanya berdiam lalu berlalu pergi. namun belom sempat laila keluar dari opis haikal tiba2 haikal panggil lalu dipandangnya wajah haikal.

"saya akan balik kejap lagi, nanti tolong handle meating ye.' hanya anggukan yang diberikan. dalam perjalanan masuk opisnya laila tersenyum keseorangan kerana haikal orangnya yang tidak berpendirian teguh.

bab 2

tidur yang lena diulit pula dengan mimpi yang indah membuatkan dirinya terlupa akan tanggungjwab dalam syarikat arwah ayah tersayang. setelah puas ibunya mengejutnya barulah haikal tersedar akan keterjakannya tidur tanpa sedarkan diri. ini semua akibat malam tadi tidur lambat. dengan keadaan yang lemah digagahkan juga badannya yang agak tegap yang membuatkan ramai perempuan menggilakannya ditambah pula wajah yang agak tampan dan basic yang begitu kuat ialah waris tunggal keluarga yang agak kaya kebilik mandi untuk bersiram.

setibanya diperkarangan opis dengan langkah yang laju ditujunya dalam bilik mesyuarat yang telah dihadiri semua pekerjanya. mungkin mereka sudah lama menanti namun nasibnya bernasib baik kerana hanya mesyuarat dengan pekerja bukan pemegang saham. kalau tidak pasti malu dan kacau bilau. semua pekerja yang sudah bersedia dengan pembentangan hanya berdiam diri setelah melihat kedatangan bos mereka yang agak kalut dihari itu. mesyuarat berjalan dengan lancar dan semua yang dibentangkan oleh pekerjanya haikal berpuas hati dan menamatkan mesyuarat setelah semuanya sudah selesai.


perut yang agak lapar kerana tidak sempat untuk bersarapan pagi tadi, harus diisi. maka ditujunya kekedai makan yang berdekatan di pejabatnya. sedang kaki melangkah keseorangan dia dilanggar oleh seorang gadis berbaju kurung. gadis itu merasa bersalah dan memohon maaf namun haikal yang kegeraman terus memarahi gadis itu.

"mata awak letak kat mana?" gadis itu sekali lagi memohon maaf sambil menundukkan wajahnya yang kemerahan.
"mata letak kat lutut lah tu!" haikal tidak berpuas hati dengan gadis yang dihadapannya begitu mudah memohon maaf.
"errrrr maafkan saya encik, saya tidak sengaja." hanya dengan kata maaf sahaja laila dapat bicarakan. haikal dengan begis meninggalkan laila yang masih terpinga pinga.



laila seorang gadis kampung yang baru datang kekota untuk menghadiri temuduga kelewatan dihari itu kerana terbangun lewat. inilah akibatnya malam tadi mata tidak dapat lelap kerana terlalu gemuruh untuk temuduga yang pertama kali dan ditambah pula dengan tempat yang asing baginya.


setelah selesai temuduga laila melangkah kaki dengan langkah yang semakin yakin. temuduga pertama sudah diterima dan dia akan memulakan kerja pada mingu hadapan. tidak sia sia datang kekota untuk mencari rezeki yang halal. alhamdulillah

bab 1

jam telah menunjukkan tepat jam 3pagi, namun haikal masih tidak pulang. hati yang kerisauan dan kegelisahan tak dapat dibendung lagi, hanya seorang anak tunggal lelaki tidak bisa diatur dengan penuh disiplin. dilihatnya lagi jam didinding, waktu tidak lagi menyebelahi pn khatijah, mata yang sudah mengantuk tetap juga dipujuk matanya untuk menanti kepulangan anak bujang kesayangan. dimundar mandirnya ruang tamu yang besar dan mewah dengan hati yang penuh kebimbangan. sedang leka menanti dia didatangi bunyi enjin kereta yang pasti enjin kenderaan haikal. memang memekakkan telinga dan suasana.


"kamu kemana baru sekarang nak balik?" belom pun sempat haikal membuka kasut dia telah diserbu ibunya.
"jumpa kawan, kenapa ibu tak tidur lagi?" ditatapnya wajah ibunya yang disayangi.

"tahu rupanya dah jauh malam, yang kamu tu tak nampak hari dah jauh malam baru nak balik? ini bukan malam lagi ini dah pagi." kegeramannya tidak dapat dibendung lagi dengan kenakalan anak bujangnya.

"kita bincang esok, qal ngantuklah." ditinggalkan ibunya keseorangan yang masih bersisa kemarahannya. sudah biasa dibeleter oleh ibunya bagaikan makanan harian. sudah sebati lah katakan. setelah tiba dikatil haikal merebahkan badannya diatas katil yang empuk, tidak berapa lama matanya terpejam dan dia terlena sehingga matahari meninggi.