Ahad, 26 Disember 2010

bab 19

suasana makan malam yang sepatutunya aman menjadi dingin seketika setelah haikal merasa tidak puas hati dengan permintaan ibu tersayangnya.. untuk dia dan laila pergi berbulan madu, sungguh mengarut.

"bonda.. kerja kat opis banyak mana boleh pergi honeymoon." haikal cuba berlembut.. laila hanya diam membisu.
"bonda dah pun menempah tiket penerbangan, lusa kamu berdua akan bertolak, ini arahan bonda kamu kena ikut." puan khatijah bertegas walau dia tahu pasti laila menjadi bahan marahan haikal, namun dia sudah atur segalanya. pasti mereka akan bermesra disana.
"bonda suka buat ikut rancangan bonda tanpa berbincang dengan haikal." haikal bangun lalu berlalu pergi meninggalkan ruang makan. laila merenung wajah ibu mertuanya, risau puan khatijah akan berkecil hati, namun wajah wanita tua itu tenang lalu menyuruh laila meneruskan makan. dihati kecil wanita tua itu terasa terguris dengan sikap haikal yang tidak mempercayai dan menghargai laila.


didalam kamar haikal menghempaskan tubuhnya diatas tilam yang empuk. bagaikan tidak percaya yang dia dan laila akan kebali untuk honeymoon, mustahil ini semua mengarut bagaikan tidak masuk akal. mana pungkin dia bersama lali, pekerjanya malahan seorang perempuan kampung yang tak pandai bergaya. walau pun laila mempunyai sikap yang penuh lemah lembut sopan santun dan boleh dikatakan memiliki wajah yang ayu.. namun itu semua masih belum dapat membuka pintu hati haikal untuk menerima laila sebagai isteri walau pun mereka sudah disahkan berkahwin. dia juga pasti dihati laila tiada tercarit nama haikal.



seperti yang sudah dirancangkan mereka berangkat kebali dengan wajah yang muram namun masih boleh bertoleransi dengan baik, ini menyenangkan hati puan khatijah yang merasa tidak sabar hendak melihat mereka pulang dari honeymoon nanti... walau hatinya berasa bimbang akan keselamatan mereka yang tidak berapa baik itu, namun dipanjatkan doa kepada tuhan untuk kebahagiaan mereka. mudah mudahan terbuka pintu hati mereka untuk bermesra..


setelah tiba dilapangan kapal terbang mereka telah dijemput oleh pihak yang bertanggungjawab menjaga mereka sepanjang mereka berada dibali. laila yang kepenatan tertidur dibahu haikal tanpa sengaja, namun haikal tidak pula menolaknya, hanya membiarkan. ditatapnya wajah laila yang ayu berbaju kurung pahang dan bertudung itu. betapa tenang wajah wanita itu walau terpaksa bersama lelaki yang tidak dicintai dan melayan kerenah yang tidak menentu. setelah tiba ditempat ditujui haikal mendukong laila masuk kekamar kerana tidak pula mahu mengejut laila yang kepenatan. laila yang tidak menyedari lena dalam dakapan haikal.


setelah terjaga dari lena laila terkejut kerana dia sudah berada diatas katil dan haikal pula tertidur disebelahnya, dilihatnya haikal sudah berseluar pendek.. dia mengejut haikal yang sedang lena
"awak macam mana saya ada kat sini?" jelas laila kecemasan dan kelam kabut
"awak yang bangun sendiri." haikal acuh tidak acuh. mana mungkin dia berterus terang.
"dan kenapa awak tidur kat sini?" haikal baru tersedar yang dia tertidur selepas menukar pakaian.
"saya terlelap, awak g mandi perut saya lapar." haikal bangun lalu mencuci muka, laila pula yang masih kebingungan bingkas bangun lalu mencapai tuala dan pakaian yang masih berada didalam beg bajunya lalu bersiram.

1 ulasan: