Sabtu, 11 Disember 2010

bab 6

seperti yang dirancangkan selepas magrib rumah ibu laila dihadiri oleh jiran tenagga dan sahat handai juga saudara mara, suasana menjadi sayu tatkala ayat2 suci dibacakan. hati laila menjadi hiba air mata pula tak dapat ditahan lagi, terbayang wajah tenang ayah dan saat sebelom dia menghembuskan nafas terakhir. mesih tergiang lagi nasihat ayah sebelom dia pergi agar dia menjaga ibunya dengan baik dan menjadi insan yang berguna. sesungguhnya pemergian ayah banyak meninggalkan kesan. jika dulu ayahlah ketua keluarga kin ibunyalah menjadi pengganti. pusara arwah ayah petang tadi sudah dilawatinya, pusara itu dihiasi dengan pokok bunga kemboja dan ianya tidak bersemak kerana ibu rajin membersihkan. kata ibu selagi dia terdaya dia tak akan membiarkan pusara itu terbiar usang. kerana dia akan menjaga pusara arwah seperti dia menjaga arwah. betapa dalamnya cinta ibu terhadap ayah. air mata laila semakin laju menitis tatkala terpandang gambar ayah yang segak memakai uniform askar.


setelah semua hadirin pulang laila dan siti membantu ibunya mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkok, kelihatan siti walau gadis bandar dia tidak kekok beraksi didapur. kelihatan ibu laila senang dengan cara siti dan sentiasa memuji siti semakin kembang siti dibuatnya. esok hari mereka akan pulang ke kota sunyi kembalilah ibu laila, namun dia tahu anaknya kekota untuk mencari rezeki oleh itu dia membuangkan perasaan berat hatinya untuk melepaskan anak tersayang.


dipagi hari laila dan siti sudah berangkat pulang kekota. laila yang keberatan untuk melepaskan ibunya seorang dikampung terpaksa akur akan ketentuan. dipeluk erat tubuh kecil ibunya dengan ciuman kasih sayang seorang anak, bagaikan tak mahu lepas. namun dilepaskannya juga untuk meredakan keadaan dia menyalam tangan ibunya memohon restu. akhirnya kereta siti bergerak meninggalkan kampung yang aman dan damai itu. siti juga keberatan untuk melangkah pergi namun dia percaya ada masa lagi untuknya menjengah lagi kampung itu. sebelom mereka keluar simpang dari kampung mereka bertembung dengan fizrul. laila meminta siti untuk memberhentikan kereta kerana dia ingin bertemu fizrul.

"awak saya dah nak balik awak jaga diri ya, dan tolong tengok2 kan ibu saya."ditenungnya wajah fizrul yang jelas kelihatan muram.
"baiklah.. awak kat sana jaga diri jangan lupa solat ya." laila membalas dengan senyuman manis. dihulurnya tangan untuk berjabat tangan.
"saya tetap tunggu awak." fizrul mengusap dahi laila yang sedang mencium tanganya.
"terima kasih saya hargai." sekali lagi laila merenung wajah fizrul yang kali ini sudah tenang. mereka berpisah juga untuk seketika. tak mungkin laila melupakan fizrul insan yang banyak membantunya dan keluarganya.



tepat jam 12tgh hari mereka tiba dikota yang sentiasa sibuk dan kebisingan. mereka tidak singgah dimana mana kerana mereka kepenatan dan esok harinya mereka akan kembali bekerja. kepenatan hilang tatkala terkenangkan suasana kampung yang permai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan