Khamis, 16 Disember 2010

bab 14

dipagi hari yang indah itu laila menyiapkan sarapan pagi, kebiasaannya dia akan menyiapkan sarapan hanya untuk berdua iaitu dirinya dan ibunya namun dihari itu dia menyiapkan untuk 4 orang termasuk ibu mertua dan suaminya. sememangnya terasa kekok lebih2 lagi waktu tidur malam tadi,mujur haikal tidur dibawah katil dengan rela hati.

"saya tak kan sentuh awak, awak jangan risau, kita buat sahaja macam biasa, saya tidak tahu awak lah yang akan jadi isteri saya. dihadapan mereka kita suami isteri namun dibelakangnya tidak paham?" kedengaran ayat yang amat keras untuk laila. namun dia tidak tersentuh kerana ini permulaan yang mencabar untuknya. apa yang dikhuatirkan ialah sampai bila mereka harus berlakon dihadapan ibu mereka?

lamunan laila terhenti saat mendengarkan ibu mertuanya keluar dari bilik air setelah lama bersiram. katanya air kampung sejuk semula jadi sedap. masih kekok untuk laila memanggilnya ibu. setelah sarapan siap dihidang laila menuju kebilik untuk mengejut haikal. pasti lelaki itu tidur tanpa sedarkan diri. laila membuka pintu biliknya dengan perasaan yang tidak tahu dirasakan berdebar atau sebaliknya.

"nak apa?" tersentak laila tatkala disapa seperti itu padahal itu biliknya, masakan biliknya sendiri tidak boleh masuk.
"sarapan dah siap." hanya sepatah lalu laila melangkah pergi. haikal hanya membontoti isterinya.


mereka sarapan berempat dengan keadaan yang agak riuh dengan hilai tawa besan yang amat bahagia dapat berkumpul bersama buat kali pertama. laila dan haikal hanya menumpukan pada makanan yang telah dihidang.


tengahari itu laila membawa haikal kepantai yang selalu dikunjunginya namun perasaan hari itu tidak sama dengan kebiasaanya. sedang laila meniti pantai dia terlihat akan fizrul yang sedang bermenung ditepi pantai, hendak dihampirinya pasti fizrul akan melarikan diri. alangkah indahnya jika dia bukan isteri haikal, pasti jejaka itu akan didekatinya lalu bergurau senda seperti waktu dahulu.

"boyfriend ke?" sekali lagi haikal mematikan lamunan laila.
" dulu tapi bila saya telah dikahwinkan bersama awak..." kata2 laila terhenti disitu kerana tidak mahu terjadi apa2...
"saya tak sekat awak nak berkawan dengan sapa itu hak awak, begitu juga saya." haikal berlalu pergi meninggalkan laila. setiap langkahnya tidak lagi terasa beban tatkala mengetahui laila mempunyai kekasih disini. apa salah wanita itu sehingga sanggup dilakukan begitu? padahal laila juga seperti dia tidak tahu pasangan mereka siapa. kini dia sudah menjadi suami laila dan laila isterinya bagaimana pula dengan pejabat? semua pekerjanya tidak tahu yang dia dan lali sudah berkahwin, bagaimana kalau sakinah kekasihnya mengetahui akan hal ini? pasti kecoh. arggghhh suasana indah dipantai itu tidak lagi dapat membantu haikal melupakan semua masalahnya.



fizrul yang terlihat akan laila yang sedang keseorangan mengutip kerang dihampirinya tanpa perasaan gentar.
"mana suami?" mata mereka bertentangan seakan tiada apa yang berlaku.
"awak kalau awak nak tahu dia juga bos saya.. saya tak tahu macamana ini boleh terjadi." sayup sahaja suara laila..
"ini semua dugaan.. setiap ujian ada hikmahnya... namun setiap langkah jangan pula awak meminta balasan dariNya kerana itu tidak ikhlas namanya." laila merasakan fizrul begitu matang dan baik. dengan nasihat fizrul ini membuatkan laila bersemangat untuk kembali bangkit dari segala kecelaruan. kasihan lelaki sebaik ini ditinggalkan laila. namun laila tidak sengaja memutuskan hubungan mereka, keadaan memaksa laila untuk melakukan sedemikian. kini segalanya sudah berlalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan