Khamis, 9 Disember 2010

bab 1

jam telah menunjukkan tepat jam 3pagi, namun haikal masih tidak pulang. hati yang kerisauan dan kegelisahan tak dapat dibendung lagi, hanya seorang anak tunggal lelaki tidak bisa diatur dengan penuh disiplin. dilihatnya lagi jam didinding, waktu tidak lagi menyebelahi pn khatijah, mata yang sudah mengantuk tetap juga dipujuk matanya untuk menanti kepulangan anak bujang kesayangan. dimundar mandirnya ruang tamu yang besar dan mewah dengan hati yang penuh kebimbangan. sedang leka menanti dia didatangi bunyi enjin kereta yang pasti enjin kenderaan haikal. memang memekakkan telinga dan suasana.


"kamu kemana baru sekarang nak balik?" belom pun sempat haikal membuka kasut dia telah diserbu ibunya.
"jumpa kawan, kenapa ibu tak tidur lagi?" ditatapnya wajah ibunya yang disayangi.

"tahu rupanya dah jauh malam, yang kamu tu tak nampak hari dah jauh malam baru nak balik? ini bukan malam lagi ini dah pagi." kegeramannya tidak dapat dibendung lagi dengan kenakalan anak bujangnya.

"kita bincang esok, qal ngantuklah." ditinggalkan ibunya keseorangan yang masih bersisa kemarahannya. sudah biasa dibeleter oleh ibunya bagaikan makanan harian. sudah sebati lah katakan. setelah tiba dikatil haikal merebahkan badannya diatas katil yang empuk, tidak berapa lama matanya terpejam dan dia terlena sehingga matahari meninggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan