Ahad, 12 Disember 2010

bab 10

suasana dikampung memang berbeza dengan suasana dikota. puan khatijah yang sudah tiba dikampung sahabat baiknya masa mereka masih anak dara dulu tersenyum melihat sebuah umah yang tersergam indah dengan ukiran kayu yang cantik dan ada taman bunga kecil yang indah dan dihiasi dengan bunga yang mekar ada pula pokok buah buahan, inilah kampung memang damai dan permai.

"assalamualaikom..." puan khatijah memberi salam dengan penuh kesopanan.
"walaikomussalam.." kedengaran sayup suara tuan rumah menyambut salam dan tidak berapa lama kemudian ibu laila menjengah kepintu melihat tetamu yang hadir. alangkah terkejutnya dia kawan baiknya yang telah lama tidak jumpa muncul dihadapan mata. dijemputnya puan khatijah masuk kedalam rumah dan mereka berpelukan dengan ai mata yang menitis. bagaikan mimpi mereka dapat bertemu. tengah hari itu mereka makan bersama dan tentunya banyak cerita yang mahu dikongsikan mereka. bermacam macam cerita mereka kongsikan dan mereka senasib kerana suami masing2 sudah meninggal dunia dan mempunyai anak tunggal yang bezanya khatijah anak lelaki dan ibu laila anak perempuan.

"inilah gambar anak aku, sekarang dia kat kuala lumpur bekeja." pn khatijah menyambut gambar yang dihulurkan oleh ibu laila iaitu pn ina. alangkah terkejutnya pn khatijah bila mendapati wajah laila yg dilihatnya.
"ini pekerja anak aku ina. ya allah kecilnya dunia, memang baik budak laila ni. aku suka sangat kalau boleh nak dibuat menantu."
"kau ni kesitu pula.."
"aku tak bergurau, aku serius ni... dia boleh ubah haikal... haikal selalu keluar malam dan berfoya foya, aku nak dia berubah."
"takkan dia tak ada teman wanita.."
"ada tapi semua aku tak berkenan tiada adab."
'biasalah anak muda tijah."

mereka besepakat untuk menjodohkan anak mereka. pasti mereka akan mendengar cakap mereka, ini semua mereka lakukan untuk kebahagiaan anak mereka. malam yang indah itu mereka habiskan masa dengan berbual dan menonton tv bersama bagaikan masa zaman muda dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan