Selasa, 14 Disember 2010

bab 13

bagaikan tidak percaya dihari ini adalah hari pernikahannya namun tidak tahu siapa pasangannya. bila diceritakan pada orang lain pasti orang lain akan mentertawakannya, majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup tetap berjalan dengan lancar. laila yang sedang didandan oleh andaman yang telah ditempah oleh ibu hanya berdiam diri tidak banyak berbicara. saudara mara dan rakan yang mengetahui akan majlis pernikahannya telah siap berkumpul dari semala. hanya beberapa jam sahaja lagi dia akan bergelar isteri, sekelip masa dia menyandang gelaran yang tidak pernah diduga seawal itu. segala persiapan telah diatur oleh ibunya dia hanya menurut perintah tanpa ada bantahan. biarlah ibu bahagia, hanya dengan kebahagiaan ibu akan membuat dia juga bahagia. fizrul juga hadir pada hari pernikahan itu kerana menghormati akan keputusan dan ketentuan yang telah tertulis dalam hubungan mereka. laila tatkala terlihat kehadiran fizrul bagaikan terkaku kerana dia tidak sangka dihari ini bukan fizrul yang akan bersama dia, namun insan lain, insan yang dia sendiri tidak kenal.


tibalah masa untuk akad nikah, laila yang berada dibantal penggantin semakin berdebar debar tatkala terlihat akan tetamu yang hadir dan terlihat pula puan khatijah hadir dimajlisnya, sedangkan dia tidak memberitahu kawan sepejabat kecuali siti itu pun sudah dipinta untuk merahsiakan. suasana dimasjid menjadi sepi dan pilu tatkala tok kadi hadir dengan seorang lelaki berpakaian penggantin dan agak segak. siti yang terlihat akan kelibat lelaki itu hanya menundukkan kepala tidak pula terdetik untuk melihat siapa bakal suaminya. lelaki tersebut dan tok kadi duduk tidak jauh dari laila dan laila dapat melihat dengan jelas akan bakal suaminya, dan alangkah terkejutnya dia bahawa haikallah bakal suami dia, dan direnungnya wajah puan khatijah dengan penuh kehairanan. mungkin inikah suratan? tidak terdaya untuk berkata apa, laila hanya akur dengan apa yang telah ditentukan. dengan sekali lafaz laila sah menjadi isteri haikal.


haikal menuju kearah penggantin perempuan dengan langkah yang agak lemah kerana tidak disangka pekerjanya kini adalah isterinya, kecil betul dunia ini. ditatapnya wajah laila yang ayu dengan solekan yang tidak berapa tebal dan diukirkannya senyuman, lalu berlakulah pembatalan air sembahyang. dan majlis berjalan dengan lancar pada malamnya dengan kenduri kesyukuran dirumah laila.

semua tetamu yang hadir telah pun pulang dan laila yang kepenatan masuk kekamar untuk membersiram kerana kepenatan. dilangkahkannya kaki menuju kebilik lalu daun pintu dibukanya tanpa mengetahui haikal berada didalam sedang memakai tuala.

"opppssss maaf saya tak tahu ada orang." laila melangkah keluar tanpa menanti jawapan haikal. dihatinya terdetik bagaimana dan bila pula haikal masuk kedalam kamarnya dan pandai pandai sahaja masuk kekamar tanpa meminta izin. namun bila terlihat cincin dan inai dijari barulah dia tersedar haikal berhak masuk ke kamarnya tanpa izin. bila ingat kan statusnya kini laila menjadi tidak keruan bila terpikirkan yang mereka akan tidur bersama dan..

"toilet kat mana?" suara haikal mematikan lamunan laila yang melalut entah kemana. ditatapnya susuk tubuh haikal yang hanya berkain tuala, agak segak...

"tak kan jadi pekak pula?" wajah haikal menunjukkan yang dia sudah mula berang.
"ermm maaf, ada dekat daput nanti awak nampaklah." laila tidiak berani lagi untuk menatap wajah haikal. setelah haikal pergi laila kembali memasuk kekamarnya, niat hati untuk membersihkan diri namun setelah dia teringat akan haikal yang juga sedang bersiram dia mematikan dahulu niatnya. dipandangnya kearah katil yang telah dihias cantik dengan pandangan yang sepi. tanpa disedari dia sudah pun menghempaskan tubuhnya diatas tilam yang empuk lalu terlena kerana kepenatan.


disudut dapur pula kelihatan puan khatijah dan puan ina sedang mengemas segala pekakas yang sudah siap dicuci dengan wajah yang bahagia.
"tak sangka lama tak jumpa kini kita berbiras kan ina." jelas ada kkebahagiaan disuara puan khatijah.
"yelah tijah oii harapnya anak kita tu sukalah hendaknya dan cara kita ini tidak salah." puan ina merasa bimbang akan rancangan mereka menjodohkan anak mereka. namun semua yang dilakukan adalah untuk kebahagiaan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan