Ahad, 26 Disember 2010

bab 18

dihari yang panas itu laila bersama siti menuju ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat waktu zohor.. sebelom kemasjid tadi mereka baru sahaja habis meeting bersama pelanggan baru syarikat. tak sangka pelanggan yang melanggan syarikat dimana mereka kerja adalah bekas kekasih siti dizaman sekolah. namun lelaki tersebut sudah berkeluarga, siti juga bagaikan tiada apa berlaku kerana baginya semuanya sudah berlalu. selesai solat mereka meneruskan perjalanan pulang kepejabat, laila yang kepenatan hanya berdiam diri, dihari ini dia juga kurang sihat kerana semalam menjaga ibu mertuanya yang demam. setibanya dipejabar laila menuju ke opis haikal untuk menyerahkan dokument pelanggan.. namun didalam pejabat, haikal sedang berpelukkan dengan seorang wanita pastinya tina.

"lain kali nak masuk ketuk dulu!" haikal mula berang, tina pula hanya menjeling laila.
"maaf" laila berlalu pergi tanpa menyerahkan dokument. hatinya sedikit pun tidak cemburu, siti yang mengetahui akan adanya tina diopis haikal dari staf lain turut simpati setelah melihat wajah sugul laila. tidak tahu bagaimana untuk memujuk laila, apa yang berlaku kepada laila amat berat untuk dihadapi, mugkin hanya laila dapat bertahan dengan situasi itu. haikal memang tidak akan berubah.


puan khatijah yang semakin sembuh terasa kepanasan tatkala mendengar akan makjah bercerita sikap haikal terhadap laila, kasihan menantunya itu kerana dia terbaik dan pengorbanannya selama ini haikal tidak menghargai. dia akan mengatasi masalah ini dengan lebih mendalam untuk perubahan haikal juga kebahagiaan mereka. dia kahwin kan mereka bukan untuk saling menyakiti. baginya laila cukup sempurna, tatkala dia sakit laila lah yang bersengkang mata menjaga dan merawatnya, manakala haikal hilang entah kemana. puan khatijah membuat keputusan untuk mereka berbulan madu dibali mungkin dengan cara itu mereka boleh bermesra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan