Jumaat, 10 Disember 2010

bab 5

seperti yang telah dirancangkan laila dan siti berangkat kekampung laila dipagi hari dengan menaiki kereta siti. dalam perjalanan mereka lebih banyak berdiam kerana tiada apa yang mahu dibualkan. laila yang teruja akan berjumpa dengan ibu tercinta bagaikan tidak sabar dan bagikan mahu terbang supaya cepat sampai. hanya senyuman terukir tatkala terkenangkan makanan masakan ibu rindunya tidak terkira. lebih kurang 4jam perjalanan mereka sudah sampai dan kehadiran mereka disambut dengan hati yang senang oleh ibu laila. siti yang teruja melihat suasana kampung seakan baru dilahirkan. begitu nyaman dan indah, tiada asap seperti dikota dan tiada kedengaran bunyi kenderaan yang menggangu mereka.


dimalam yang damai itu, laila membawa siti kepantai yang berdekatan dengan rumah ibunya. siti yang melihat pantai dan dilihat pula kedada langit ada bintang amat seronok bagaikan budak kecil yang dilepaskan ibu mereka untuk bermain. laila hanya tersenyum melihat gelaat siti yang bagai orang jakun. mereka menyusuri pantai yang dipukol ombak tanpa memakai selipar. sedang mereka meniti pantai mereka didatangi oleh fizrul yang sememangnya insan yang setia menanti laila ketika laila dikota besar. betapa rindunya dia dengan gadis bernama laila.


"hai awak..." fizrul memulakan perbualan setelah dirinya betol2 menghampiri laila.
"hai awak, sihat?" laila menghadiahkan senyuman yang manis. wajah tampan fizrul direnungnya, lama tidak melihat jejaka itu, kesibukan kota membuatakan dia terleka akan hubungannya bersama fizrul.

mereka menghabiskan waktu malam dengan meniti pantai yang indah. siti yang seakan diawangan seakan terlupa akan tempat kelahiranya kota yang besar. begitu indah suasana kampung. terasa dirinya ketinggalan jauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan