tidur yang lena diulit pula dengan mimpi yang indah membuatkan dirinya terlupa akan tanggungjwab dalam syarikat arwah ayah tersayang. setelah puas ibunya mengejutnya barulah haikal tersedar akan keterjakannya tidur tanpa sedarkan diri. ini semua akibat malam tadi tidur lambat. dengan keadaan yang lemah digagahkan juga badannya yang agak tegap yang membuatkan ramai perempuan menggilakannya ditambah pula wajah yang agak tampan dan basic yang begitu kuat ialah waris tunggal keluarga yang agak kaya kebilik mandi untuk bersiram.
setibanya diperkarangan opis dengan langkah yang laju ditujunya dalam bilik mesyuarat yang telah dihadiri semua pekerjanya. mungkin mereka sudah lama menanti namun nasibnya bernasib baik kerana hanya mesyuarat dengan pekerja bukan pemegang saham. kalau tidak pasti malu dan kacau bilau. semua pekerja yang sudah bersedia dengan pembentangan hanya berdiam diri setelah melihat kedatangan bos mereka yang agak kalut dihari itu. mesyuarat berjalan dengan lancar dan semua yang dibentangkan oleh pekerjanya haikal berpuas hati dan menamatkan mesyuarat setelah semuanya sudah selesai.
perut yang agak lapar kerana tidak sempat untuk bersarapan pagi tadi, harus diisi. maka ditujunya kekedai makan yang berdekatan di pejabatnya. sedang kaki melangkah keseorangan dia dilanggar oleh seorang gadis berbaju kurung. gadis itu merasa bersalah dan memohon maaf namun haikal yang kegeraman terus memarahi gadis itu.
"mata awak letak kat mana?" gadis itu sekali lagi memohon maaf sambil menundukkan wajahnya yang kemerahan.
"mata letak kat lutut lah tu!" haikal tidak berpuas hati dengan gadis yang dihadapannya begitu mudah memohon maaf.
"errrrr maafkan saya encik, saya tidak sengaja." hanya dengan kata maaf sahaja laila dapat bicarakan. haikal dengan begis meninggalkan laila yang masih terpinga pinga.
laila seorang gadis kampung yang baru datang kekota untuk menghadiri temuduga kelewatan dihari itu kerana terbangun lewat. inilah akibatnya malam tadi mata tidak dapat lelap kerana terlalu gemuruh untuk temuduga yang pertama kali dan ditambah pula dengan tempat yang asing baginya.
setelah selesai temuduga laila melangkah kaki dengan langkah yang semakin yakin. temuduga pertama sudah diterima dan dia akan memulakan kerja pada mingu hadapan. tidak sia sia datang kekota untuk mencari rezeki yang halal. alhamdulillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan