Ahad, 12 Disember 2010

bab 9

bagaikan orang hilang arah, haikal mundar mandir dikawasan opisnya menanti kehadiran pemandu ibunya yang telah berjanji untuk lunch bersama. namun setelah hampir setengah jam haikal menanti tidak juga mereka tiba. haikal sememangnya orang yang tidak suka menanti kerana ianya hanya membuat darahnya naik dan kemarahannya akan meluap. haikal membuat keputusan untuk naik ke atas sekiranya mereka tidak tiba sepuloh minit akan datang, namun belom sempat 3minit mereka hadir. haikal menyusun langkah masuk kedalam kereta dengan wajah yang agak kemerahan dek kepanasan dan kemarahan.
"ibu kemana? kenapa lambat? penat tahu qal tunggu." dilihat wajah tenang ibunya yang hanya berdiam.
"cubalah belajar bersabar. yang haikal pergi tunggu kat luar kenapa? kan boleh tunggu didalam tidaklah panas. kami tersangkut kesesakan jalan raya tadi, macam kamu tak tahu sahaja jalan di kuala lumpurni kat mana yang tak jem?" haikal hanya berdiam dengan jawapan ibunya. setelah beberapa minit kereta dipandu oleh pak halim akhirnya mereka tibalah direstoran yang telah ibunya rancangkan.

setelah memesan makanan yang mereka mahukan pn khatijah tersenyum melihat kemuraman wajah haikal yang tidak hilang lagi kemarahannya.
"hujung minggu ini ibu mahu pergi kampung kawan ibu, lama rasanya tak menjenguk dia" pn khatijah memulakan bicara dengan senyuman yang manis.
"ibu nak pergi berapa hari? ibu nak tinggalkan qal sorang2 ker?" direnungnya wajah ibunya dengan pandangan yang penuh persoalan.
"tak lama 4 hari sahaja. alah qal pun selalu biarkan ibu seorang dirumah pagi pergi kerja, petang balik, malam keluar berfoya dan lewat malam baru pulang. qal jangan risau mak monah kan ada." perbualan mereka terhenti kerana hidangan sudah pun tiba. mereka menikmati hidangan dengan penuh selera.


petang itu laila dan siti menghabiskan masa petang mereka dengan menyiram pokok bunga dihalaman umah mereka. mahu joging terasa badan letih, maka mereka menyiram pokok bunga yang telah lama mereka tidak menyiram pokok bunga yang mereka tanam. dipetang itu hari tidak berapa panas dan penyiraman mereka berjalan dengan lancar. esok hujung minggu mereka plan hendak menonton wayang bersama. siti tidak keluar dating dengan teman lelakinya kerana teman lelakinya balik kampung.

"laila awak tak bosan ke tak ada pakwe disini?" laila hanya tersenyum dengan soalan yang diberikan.
"tak lah awak.. cukop lah dengan fizrul tu." laila hanya menjawab dengan ringkas. siti hanya mendiamkan diri, betapa setianya laila terhadap fizrul. sekiranya dia berjauhan pastinya sudah pasang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan