Selasa, 21 Disember 2010

bab 16

dihari ini seperti biasa laila dan haikal mula bekerja. pada mulanya haikal hendak menaiki kereta yang sama, namun laila menolaknya dengan lembut. katanya tidak mahu kawan sepejabat mengetahui akan hubungan mereka. haikal hormat dengan keputusan dan permintaan laila. ada baiknya dirahsiakan dahulu hubungan mereka kerana haikal juga tidak mahu kekasihnya tahun. kalau tina tahu pasti kecoh jadinya. pasti laila jadi bahan amarahnya. laila tidak bersalah, ini semua mungkin takdir.

pada waktu lunch laila seperti waktu dia bujang dulu, dia akan lunch bersama siti. siti yang kehairanan melihat tingkah lakunya bersama haikal bagaikan tiada perubahan. hanya inai dijari mereka sahaja yang kelihatan kemerahan tidak pula pada hubungan mereka. siti sudah jangka ini semua akan berlaku. namun dia sebagaikan hanya mampu menasihat dan bersimpati akan nasib mereka.
siti dan laila seperti biasa makan direstoran yang berdekatan. sedang mereka makan mereka dihampiri haikal bersama seorang wanita yang kelihatan cantik.. bentok badan potongan model, gaya jalan lenggang lenggoknya memang membuat mata terpesona. laila hanya berdiam diri tanpa rasa apa2. cemburu? tidak mungkin. walau mereka jalan berpimpin tangan makan bersuap, laila sedikit pun tidak hairan. mereka hanya digelar suami isteri hanya diatas surat nikah dan dihadapan ibu mereka. tidak ditempat lain. mereka berhak buat apa sahaja mereka suka. setelah habis makanan yang dihidang dan masa pun hampir untuk mereka masuk kerja laila pergi kekaunter untuk membuat pembayaran namun makanan yang mereka makan sudah pun dibayar oleh haikal. laila tidak berkata apa hanya tersenyum tatkala mata mereka bertentangan.


dimalam yang dingn itu, laila berada dijendela memandang sepi suasana diluar. bermacam benda dipikirkan dikepalanya. semuanya bercampur satun. dia melepaskan keluhan yang berat. haikal tiada dirumah, pasti keluar enjoy. dia sudah tahu serba sedikit tentang diri haikal dari bonda haikal. dia juga tahu mengapa mereka dijodohkan. persoalan yang bermain dimindanya hanya satu.. boleh kah perkahwinan ini merubah hidup haikal? agak berat tanggungjwab yang ditanggungnya. untuk merubah seseorang bukanlah dalam bidang yang diceburinya.. ditambah lagi lelaki seperti haikal. mustahil ini semua mengarut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan