Jumaat, 31 Disember 2010

bab 20

laila keseorangan didalam kamar yg dihiasi indah, hatinya menjadi rindu pada ibunya dikampung dan kenangannya bersama fizrul tak dapat dilupakan. dimalam ini juga adalah hari pernikahan fizrul bersama kawannya. tak sangka yang dirasakan fizrul jodohnya rupanya mereka dijodohkan dengan insan lain, inilah pepatah berkata manusia hanya mampu merancang tuhan menentukan segalanya. laila pasrah dengan nasib dirinya kini, hanya menjadi isteri diatas kertas dan dihadapan family tidak pula hakikatnya dihati mereka berdua. keperitan yang ditanggung bagaikan beban namun itu semua mematangkan laila dan mengajar laila erti kesabaran. dimalam yang hujan itu haikal tiada dikamar, mungkin lelaki itu merayap entah kemana, laila tidak bimbang keana baginya haikal tahu apa yang dilakukannya.

jam menunjukkan tepat jam tiga pagi, haikal yang terhuyung hayang menuju kekamar dimana laila sedang lena tidur. dirapatinya tubuh laila yang didalam selimut, laila tidak menyedarkan diri. diusapnya rambut laila dengan lembut, diamati wajah laila yang ayu, ayu semula jadi tanpa sentuhan make up. dirapatinya bibir laila dengan nafas yang kuat, semakin hampit bibir mereka membuatkan dia terasa hembusan nafas laila yang panas membuatkan nafsunya terangsang.. dipeluknya tubuh laila dengan kemas namun rangkulannya membuatkan laila tersedar lalu menolak tubuh tegapnya, namun laila seorang perempuan yang lemah, rangkulan semakin rapat membuatkan laila lemas dengan bau alkhol yang kuat.
"lepas kan aku!" laila meronta ronta, namun tidak diendahkan haikal yang sedang mengucup lehernya.
dimalam itu terjadilah malam pertama untuk mereka walau dalam laila tidak merelakan namun laila sedar haikal berhak keatas tubuhnya kerana haikal suaminya, namun bukan ini caranya. laila menangis sepuas hati dan sepanjang malam matanya tidak boleh tidur.. haikal yang masih dalam kawalan alkohol lena dibuai mimpi.


matahari sudah meninggi haikal yang baru sedar dari lena terkedu tatkala melihat laila yang sedang menangis disisi katil, melihat keadaan laila yang hanya tubuhnya ditutupi kain selimut tersedarlah haikal akan kejadian malam tadi. haikal bingkas bangun lalu merapati tubuh laila yang sedang ketakutan.
"jangan cuba rapat dengan saya." tegar walau dalam ketakutan.
"maaf apa yang berlaku semalam diluar kwalan saya." perlahan sahaja haikal menjawab.
'saya tak sangka awak macam ni. selama ni saya hormat awak tapi awak buat saya macam ni.. " laila semakin tertekan melihat wajah haikal yang selamba.
" maaf..." sepatah sahaja haikal menjawab.
"saya bukan seperti wanita lain yang pernah awak dampingi!" laila meninggikan suara. namun haikal lantas menarik tubuh laila keatas katil dengan agak kasar. selimut laila yang membaluti tubuh laila hampir terlucut.
"kalau saya buat apa kat awak pun, awak boleh buat apa? sebab saya suami awak!" ditatapnya wajah laila yang berlinangan air mata. lalu ditinggalkan laila keseorangan. laila hanya mampu menangis. tak percaya kini dirinya sudah tiada apa yang istimewa. haikal yang disangkanya tak akan mengambil kesempatan keatas dirinya telah menodainya, namun haikal suaminya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan