Jumaat, 10 Disember 2010

bab 4

dihari minggu yang nyaman itu laila membuat keputusan untuk berjalan jalan mengelilingi kota yang besar. selama satu bulan yang lalu dia telah memulakan pekerjaannya dengan tanpa merehatkan diri, dihari ini tibalah masanya untuk dia mencuci mata dan mengetahui selok belok kota yang besar ini. dia tidak keseorangan dihari itu, dia akan ditemani kawan serumahnya juga merupakan teman sepejabatnya siti.
siti sememangnya anak jati kota itu dengan ikhlasnya menawarkan diri untuk menemani laila.


setelah penat berjalan laila dan siti mengambil keputusan untuk mengisi perut sebelom menonton wayang pada jam 3 petang nanti, restoran pizza menjadi pilihan mereka. kaki dilangkahkan kedalam restoran pizza mujur tidak ramai pelanggan pada masa itu, mereka memilih meja paling hujung dan bersebelahan cermin boleh melihat pandangan luar dan tempat yang agak tersorok. mereka memesan menu masing2.


"laila kau tak balik kampung ke?" siti memulakan perbualan setelah mereka lama berdiam.
"rasanya bulan depan lah kot, aku nak buat kenduri sikit." laila membalas dengan bibir yang mengukirkan senyuman. terbayang wajah ibu tersayang.
"kenduri sempena apa?" siti kehairanan.
"sempena arwah ayah aku meninggal 3 tahun." wajah laila berubah menjadi muram, siti berasa serba salah.
"maafkan aku.. aku tak tahu.. tapi kalau aku nak ikut boleh tak? aku tak pernah rasa suasana kampung." siti mengukirkan senyuman semoga laila juga kembali tersenyum.
"tak apalah aku dah biasa, serius ke ni? kat kampung banyak nyamuk taw." laila sempat menyakat siti.
"tak takut nyamok yang aku nak ialah menikmati suasana kampung mesti best kan?" laila hanya menganggukkan kepala. perbualan mereka terhenti disitu kerana makanan mereka telah sampai dan mereka menikmati hidangan dengan tanpa sebarang gangguan.




tepat jam 3 petang mereka masuk ke panggung wayang dan menikmati cerita yang mereka teruja untuk menonton iaitu cuti cuti cinta dilakonkan oleh farid kamil dan nora danish merupakan pertama kali mereka digandingkan. laila dan siti duduk dikerusi yang tertera nombur kerusi mereka, namun disebelah mereka adalah bos mereka encik haikal bersama seorang perempuan yang agak cantik potongan badan bagaikan model berpakaian ada style [endek kata memang sempurna. siti meminta laila duduk disebelah haikal, walau keberatan laila akur juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan