Ahad, 12 Disember 2010

bab 12

"apa ibu? kahwen?" haiqal terkejut dengan soalan yang diajukan oleh ibunya.
"iyalah kahwin. umor haikal pun dah semakin menigkat ibu pula tak tahu bila akan dijemput pulang kepadaNya."haikal terdiam tiada apa yang perlu dijawab. ibunya sudah memilih jodoh buatnya. dia harus menurutnya. walau pun hati agak keberatan dan dia tidak kenal siapa gadis pilihannya namun apakan daya dia tidak mahu menjadi anak derhaka.

dimalam itu puan khatijah menelefon puan ina lalu merancang bulan hadapan mereka akan mengadakan majlis peminangan dan sebulannya pula akan berlangsung hari pernikah. terpancar di dua wajah ibu itu dengan cahaya yang bersinar. mereka bakal mengikatkan anak mereka dan hubungan mereka akan semakin rapat. pasti laila bisa mengubah pendirian haikal. hanya itu yang diharapkan. sejak mula melihat laila dihospital hatinya menjadi sejuk dan berkenan dengan tatasusila laila. tak sangka laila adalah ada kawan baiknya. namun puan khatijah tidak memberitahu haikal siapa bakal istrinya hanya hari nikah mereka akan berjumpa begitu juga dengan laila.


seperti yang dirancangkan laila dengan rasminya menjadi tunang haikal namun mereka masih tidak tahu siapa bakal menjadi pasangan mereka. dihari itu juga tidak ramai yang tahu mereka ditunangkan. hati fizrul teramat sedih dengan apa yang berlaku namun dia redha dengan ketentuan.tidak pula dia menyalahkan laila kerana laila hanya mengikut kata ibunya, dan laila tidak mahu digelar anak derhaka. hanya doa mereka berkekalan keakhir hayat itulah yang mampu fizrul lakukan walaupun dia tidak mengenali siapa bakal suami laila.


laila bermenung dibilik yang sunyi sepi, dilihatnya barang hantaran pihak lelaki dan cincin yang telah disarungkan oleh wakil pihak lelaki. kawan ibu dan merupakan bakal mertuanya tidak hadir kerana masalah kesihatan. pandangannya sepi bagai tiada apa yang istimewa dimalam itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan