Sabtu, 25 Disember 2010

bab 17

pagi minggu yang agak suram itu.. laila menyiapkan sarapan pagi untuk ibu mertua dan suaminya. ibu mertua laila yang demam dihari itu tidak larat untuk membantu laila, kebiasaannya mereka akan menyiapkan sarapan pagi bersama. namun laila memahami dan lebih selesa buat sarapan sendiri. setelah sarapan siap dihidang untuk haikal, laila membawa pula sarapan untuk ibu mertuanya dibilik. tibanya dibilik wanita tua itu sedang lena tidur, pasti kesan ubat yang diberinya malam tadi masih dikawalan badan puan khatijah. dirasanya dahi puan khatijah.. sudah tidak panas.. namun dibiarkannya ibu mertuanya melenakan diri.. lalu sarapan diletakkan dimeja solek.

didapur haikal yang sedang sarapan hanya melihat langkah laila yang lemah namun tidak berkata apa. laila yang seakan tidak terpandang haikal menuju kearah belakang daput yang terletak satu bilik mencuci pakaian. laila membuka suiz mesin basuh lalu mencuci pakaian yang sepatutnya dicuci semalam, namun terbantut kerana semalam dia keletihan selepas pulang kerja. sedang mencuci haikal menghampirinya namun laila hanya berdiam, menanti haikal bersuara.

"awak ngadu apa kat bonda?" kedengaran tegas suara haikal.
"ngadu apa?" laila seakan acuh tak acuh.
"dia bonda saya, jangan cuba pengaruh dia untuk mengetahui tentang kita." kelihatan haikal berang dengan sikap laila seakan tidak menghormatinya.
"bonda tanya saya pasal kandungan, saya hanya jawab belom ada rezeki.. itu sahaja..." laila cua menegakkan kebenaran.
"awak jangan cuba beritahu bonda tentang hubungan kita yang tidak pernah bersama!" haikal menudingkan jarinya tepat kewajah laila. laila menepis namun haikal sempat menggenggam tangan laila dengan keras.
"jangan cuba melawan.. buruk padahnya!" haikal semakin marah dengan sikap laila yang agak berkeras dengannya.
"sebelom ini pun saya dah terima padahnya selama kahwin dengan awak." laila meninggalkan haikal yang masih bersisa kemarahannya. dalam langkah yang agak marah laila menaiki tangga dengan hentakan kaki yang kuat, mereka tidak sedar akan pergaduhan mereka telah didengari oleh pembantu rumah. mak jah turut simpati dengan nasib puan laila yang sentiasa beralah dengan sikap tuan haikal. kasihan wanita semuda itu dibelenggu masalah yang tidak tahu bila akan menemui kesudahan.


dikamar, laila menangis sepuas hatinya. hanya dia mengetahui segalanya tidak tahu langkah apa patut dilakukannya. ujian yang melanda bagai tiada kesudahan. laila juga tahu berdosa melawan atau meninggi kan suara terhadap suami. namun sikap haikal yang tidak menentu membuatkan hatinya tidak keruan dan kemarahan tidak dapat ditahan lagi. namun dalam kesedihan haikal teringan ibunya dan fizrul. wajah mereka silih berganti bermain dimindanya. ditatapnya gambar fizrul dan ibunya, saat itu hatinya menjadi tenang. dahulu fizrul tidak pernah menengkig atau berkasar padanya. berbeza sikap fizrul dan haikal. ibunya juga tidak pernah memarahinya sepertimana haikal memarahinya.. air mata semkin berjujuran dipipi tatkala teringat akan pertunangan fizrul dengan wati kawan sekolah mereka. mereka juga kahwin atas pilihan keluarga. namun laila pasti wati akan bahagia bersama fizrul, sikap penyayang dan perihatin fizrul sudah cukup untuk hubungan mereka.

"laila buka pintu." kedengaran sayup suara haikal diluar kamar.dengan kelam kabut laila mengesat air mata dipipi lalu menuju kepintu dan dibukanya pintu kamar dengan wajah yang muram.
"saya nak keluar.. nak kirim apa2?" jelas diwajah haikal bagai tiada apa yang berlaku. dasar lelaki x berperasaan!. laila hanya menggelengkan kepala dan wajah haikal tidak langsung ditatapnya. sebelum haikal berlalu pergi laila menyambar tangan haikal lalu menyalam tangan haikal. haikal yang sudah biasa dengan tindakan laila akan menyalamnya sebelom dia melangkah pergi hanya berdiam diri lalu pergi tanpa tindak balas yang sewajarnya. laila juga sudah tahu riaksi haikal bagai sudah lali dan tiada apa yang patut dipersoalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan