Jumaat, 17 Disember 2010

bab 15

setelah seminggu berada dikampung kini mereka pulang ke kuala lumpur untuk meneruskan hidup seharian seperti biasa. dihari itu juga merupakan hari pertama laila menjejakkan kaki kerumah haikal dan ibunya. rumahnya terletak damansara, kawansan itu memang kebanyakkan rumah yang besar2. laila teruja melihat keindahan dan kecantikkan rumah mereka, bagai tidak percaya dia akan mendiami rumah itu. dalam kegembiraan melihat rumah yang indah tersergam laila memangdang wajah haikal yang hanya berdiam diri berdiri dengan angkuh disisi kereta honda accord milik ibunya. kalau tidak kerana dia suami laila pasti laila akan menjelingnya.

"laila tunggu apa lagi? marilah masuk kerumah bonda.." puan khatijah sememangnya menyayangi laila sejak mula dia berjumpa laila. entah mengapa dirasakan wanita itu boleh mengubah anaknya. insyallah....

laila melangkahkan kaki masuk kerumah yang besar... sekali lagi laila teruja dengan hiasan yang ada didalamnya, ruang tamunya yang besar dihiasi dengan sofa yang cantik pasu bunga yang indah bagaikan disyurga. rumah sebesar itu hanya dihuni mereka berdua. ada juga pembantu rumah, pekebun dan drive.. mereka telah disediakan rumah dibelakang rumah puan khatijah oleh puan khatijah sendiri. mereka adalah anak beranak, lama juga mereka berkhidmat untuk keluarga puan khatijah. pasti puan khatijah majikan yang baik dan perihatin sebab itu mereka bertahan lama.

laila ditunjukkan bilik yang besar dan telah dihiasi dengan hiasan dinding yang cantik berbunga floral.. pasti bilik itu haikal yang menghuninya sebelom ini. puan khatijah sengaja mengubah suai bilik itu kerana ianya lebih selesa dan sesuai untuk pasangan muda seperti mereka berdua. laila yang teruja dengan layanan yang diberi hanya tersenyum dan ucapan ribuan terima kasih tak lekang dari bibir manisnya.

haikal yang tidak selesa dengan perubahan biliknya hanya berdiam diri tidak bisa membantah kerana sudah dilakukan pun bukan boleh ubah balik. puan khatijah meninggalkan mereka berduaan.

laila yang masih kaku dengan statusnya mengemas kain baju untuk diletakkan didalam almari, namun belom sempat tiba dialmari haikal menyekat perjalanannya.

"nak kemana?" dengan mata yang agak membesar.
"nak simpan pakaian." laila menundukkan kepala kerana tidak mahu bertentang mata dengan haikal yang bagaikan harimau. haikal membuka almari lalu ditolaknya baju2nya kearah sebelah kanan...
"belah kiri ini untuk pakaian awak... jangan kacau barang saya, lagi satu bila tidur awak tidur dikatil dan saya akan tidur disofa." haikal menuding jarinya kearah sofa bilik yang memang dibelinya sejak bujang. laila hanya mengiyakan apa yang haikal mengarahkan tidak berani membantah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan