Khamis, 9 Disember 2010

bab 3

masa pantas berlalu tanpa menanti kita untuk mengekorinya... kerana itulah orang lama berkata masa itu mencemburui kita. laila yang diarahkan membancuh kopi untuk bos terasa sebal kerana dia bekerja sebagai kerani akaun namun disuruh pula membancuh kopi sudahlah tadi disuruhnya mengemas meja. hati bertambah panas bila terlihat wajah lelaki yang sombong tadi di dalam opis bos, barulah laila tahu siapa bos yang dikatakan baran dan bengis. tak dinafikan lelaki itu kacak, segak namun jika ada kecacatan dengan perangai yang macam tu hanya sia2 sahaja anugerah yang tuhan berkan. setelah kopi yang dibancuh siap laila membawanya pula kedalam opis haikal dengan penuh berhati hati.

"ini kopinya encik." laila tidak memandang wajah haikal kerana berasa takut dan mungkin benci dengan wajah yang agak bengis pagi itu.

"awak pekerja baru disini kan?" haikal memandang tepat kewajah gadis berbaju kurung itu. lailah hanya menganggukkan kepala.

"selamat bekerja disyarikat ini, mesti kamu sudah tahu serba sedikit tentang saya kan?" sekali lagi jawapan yang diberi hanya anggukan.

"baik kalau macam tu awak bua kerja ni esok pagi saya nak awak kemukakannya kepada saya." dihulurnya sebuah fail biru dan disambutnya dengan pandangan sepi.

"baik encik. ada apa2 lagi? kalau tiada saya boleh keluar sekarang?" kali ini giliran haikal pula menganggukkan kepala. laila melangkah pergi dengan perasaan yang lega kerana tidak dimarahi dengan haikal. setelah tiba di opisnya laila meneruskan kerja dengan tanpa gangguan. staf yang lain juga sibuk menyiapkan kerja yang diberikan. waktu rehat laila bersama kawan pejabatnya makan direstoran berdekatan.



haikal keseorangan pada waktu rehat, dia tidak rasa untuk makan kerana kepalanya kesakitan dan badannya agak lemah. dipanggilnya laila yang pada masa itu baru sahaja hendak melabuhkan punggung dikerusinya.


"ye encik haikal." dilihatnya wajah haikal yang pucat.
"saya nak awak buat kan saya kopi dan bawa air suam juga panadol sekarang." laila terus melangkah pergi dan lakukan apa yang haikal suruh. setelah semuanya ada laila membawanya kedalam opis haikal. panadol yang ada diserahkannya ketangan haikal, haikal menyambutnya lalu memakan panadol.

"encik tak sihat? kalau tidak sihat encik baliklah rehat." laila cuga cemas melihat haikal yang kesakitan.

"tak pe saya ada kerja yang perlu disattlekan." haikal bagakan tidak mementingkan kesihatannya. laila hanya berdiam lalu berlalu pergi. namun belom sempat laila keluar dari opis haikal tiba2 haikal panggil lalu dipandangnya wajah haikal.

"saya akan balik kejap lagi, nanti tolong handle meating ye.' hanya anggukan yang diberikan. dalam perjalanan masuk opisnya laila tersenyum keseorangan kerana haikal orangnya yang tidak berpendirian teguh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan