Sabtu, 11 Disember 2010

bab 8

"encik haikal..." haikal tersedar dari lenanya tatkala mendengar suara laila mengejutnya. wajah laila direnungnya dengan pandangan kosong.

"baliklah encik saya ok...' laila memalingkan mukanya. tidak sanggup ditatapnya wajah haikal yang bengis.
"saya minta maaf semuanya sebab saya." lemah sahaja haikal mengaku kesilapan. laila hanya berdiam diri tidak mahu berbahas lagi. apa yang terjadi malam itu betol2 menakutkannya. haikal bangun dari duduknya lalu pergi meninggalkan laila. pasti laila tidak mahu diganggu.
"encik tolong jangan telefon ibu saya. saya tak nak dia risau keadaan saya." haikal hanya berdiam dir, didalam hati terdetik bahawa laila seorang yang kuat sehingga sanggup menyembunyikan perkara yang boleh meragut nyawa dan mahkotanya dari pengetahuan ibunya. betapa cekalnya hati wanita ini. namun dia masih tidak dapat memaafkan dirinya....



setelah 3 hari ditahan didalam wad akhirnya laila diizinkan pulang setelah kesihatannya beransur pulih. kepulangan laila dihantar oleh haikal dan puan khatijah. haikal sengaja membawa ibunya kerana hanya dengan ibunya pasti laila daat memaafkan kesilapannya. begitu senang sekali ibunya bersama laila seakan laila itu anaknya. maklumlah ibunya tiada anak perempuan mungkin sebab itu ibunya mudah mesra dengan laila. setelah beberapa teman wanitanya dibawa ulang berjumpa ibunya tidak seorang pun dilayan leh ibunya seperti laila. mungkin ibunya juga turut berasa bersalah diatas perbuatan haikal yang mengakibatkan kesan buruk pada laila.


laila diberi cuti 2hari lagi oleh haikal. kerana haikal mahukan laila benar2 sembuh. ada petang itu haikal datang kerumah laila dengan harapan laila dapat memaafkannya. haikal membawa laila pergi ketaman ermainan yang berdekatan dengan rumah laila.

"ada apa encik haikal nak jumpa saya?" laila tidak sedikit pun menoleh kewajah haikal.
"saya nak minta maaf atas..." laila tidak mengizinkan haikal meneruskan bicara
"sudahlah encik haikal... semua sudah berlaku dan saya berterima kasih pada encik haikal kerana sudi membantu saya dimalam itu." laila melangkahkan kaki untuk pulang namun haikal tidak mengaku kalah.
"awak tak sudi memaafkan saya?" laila kehairanan melihat cara haikal yang bagaikan orang lain
"siapa saya untuk menghukum encik haikal? saya hanya perempuan kampung sahaja. biarlah lepas ini kita anggap tak ada apa yang berlaku. assalamualaikom." laila terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi, haikal yang kehairanan juga meninggalkan taman itu dengan perasaan yan marah. sudah dibuang ego atas kesilapannya namun tidak dihargai.



pagi itu seperti biasa laila memulakan pekerjaan dengan menyemak semua fail yang berada diatas mejanya. berlambak dengan kerja yang terbengkalai namun ianya sudah pun kerja kan jadi buat sahajalah dengan hati yang ikhlas. haikal yang baru hadir sempat melihat gelagat laila yang sedang kesibukan dengan kerja. sengaja diletakkan banyak fail keatas meja laila. inilah balasannya kalau aku cuba buang ego aku atas kesilapan aku tapi kau pula yang menunjuk ego kau. haikal berlalu pergi tanpa meminta laila membancuhkannya kopi seperti sebelom ini.


hari yang amat memenatkan. setelah tiba masa balik kerja, laila bersama siti balik kerumah bersama kerana siti tak mahu laila ditimpa kecelakaan lagi. apa yang berlaku pada laila amat menakutkan siti. hanya laila kawan yang dia rapat tidak insan lain. kerana laila kawan yang baik dan ikhlas menerima diri dia seadanya. banyak yang telah laila nasihatkan siti tentang kehidupan siti yang agak liar. siti terima nasihat laila sebagai seorang kakak menasihati adiknya.


dimalam itu laila dan siti menjamu selera dirumah dengan hasil masakan siti iaitu udang sambal lauk kegemaran mereka berdua. mereka menjamu selera dengan begitu selera dan tanpa gangguan. malam mereka dihiasi dengan menonton movie cerita meteor garden. cerita yang sememangnya menyentuh hati mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan