Jumaat, 31 Disember 2010

bab 21

sudah seminggu mereka berada diBali, kini tiba masanya mereka pulang ketanah air. setelah tiba dilapangan malaysia pak mat telah siap sedia menanti kepulangan mereka. wajah laila diratapi pemandu itu, terlihat akan kesuraman diwajah laila, pasti penat perjalanan yang jauh, wajah haikal nampak tenang bagai tiada apa berlaku. laila yang dari tadi diam dan memandang suasana luar.. tidak mampu berkata apa malahan memandang wajah haikal juga tidak mahu, makin rasa sakit hati. setibanya mereka dirumah sudah pasti bonda menanti kepulangan mereka dengan harapan rancangannya menjadi. senyuman lebar diberi kepada laila dan haikal. haikal menymbar tangan laila lalu berbisik pada laila
"depan bonda buat yang kita mesra." laila tidak dapat berbuat apa hanya menurut.
laila menyalam tangan ibu mertuanya dengan penuh kesopanan. selepas menyalam laila bertanya kabar lalu ibu mertuanya membawanya kedapur untuk minum petang. haikal pula terus masuk kekamar untuk merehatkan diri yang keletihan. sedang haikal membaringkan diri diatas katil telefon bimbitnya berdering, dilihatnya nama yang tertera tina yang memanggil.
"hello." sepatah haikal menjawab
"u ingat i tak tahu u kemana?" tina terus memarahi haikal. segala tembelang haikal sudah diketahuinya, ibu haikal yang memberitahu tina waktu tina mencari haikal dirumah mereka.
"apa ni sayang" haikal cuba berlembut.
"u jangan nak sayang sayang dengan i, u pergi berbulan madu dan i tahu bila u nikah. i akan jumpa u!" tina mematikan talian. haikal hanya mendengus kuat tak tahu apa harus dilakukan. akhirnya tina sudah mengetahui rahsianya.

"macam mana dengan bali?" puan khatijah bertanya pada laila dan mengharapkan jawapan yang mengindahkan dari mulut menantunya.
"best bonda, tempatnya cantik sangat... layanan diorang pun baik.."
"macam mana dengan haikal?" persalan yang membuatkan laila terasa bagai bosan mendengar nama itu.
"dia pun baik bonda." laila menghadiahkan senyuman manis namun dihati tercalit rasa benci.
petang itu laila hanya mendiamkan diri dikolam ikan, memberikan ikan makan membuatkan laila lupa sekejap akan perbuatan haikal tempoh hari. namun dia kembali tenang tatkala melihat ikan ikan dikolam berenang kegembiraan.


seperti hari biasa, mereka akan kepejabat dengan sendirinya, dipejabat banyak kerja yang sudah menanti mereka. laila membuat kerja seperti biasa, siti pula sedang mengemas kini file yang hendak diberi kepada haikal, dia tidak berani tanya apa apa laila, pasti jawapannya tidak yang dibayangkan pasangan lain berbulan madu. lihat sahaja wajah laila dan kedatangan laila sendirian masa kerja sudah pasti tiada apa yang berubah pada hubungan mereka.

sedang semua pekerja sibuk buat kerja masing masing, tina menghampiri laila yang sedang tekun bekerja, haikal yang kebetulan berada dipintu pejabat hanya menyaksikan tina dari jauh
"ya encik..." belum sempat laila menghabiskan ayat pipinya dihadiahkan satu tamparan oleh tina.
"perempuan kurang hajar rampas boyfriend orang!" semua yang ada hanya mampu melihat, haikal yang menyaksikan kejadian itu lantas mendekati tina yang sedang marah.
"u jangan buat kecoh kat sini!" tangan tina disambarnya dengan ganas.
"u pun sama juga. kaahwin tapi rahsikan dari i..." laila mengambil tas tangannya lalu pergi kerana malu.
"dia isteri i so?" haikal menjadi marah bila melihat laila berlalu pergi. tina cuba menarik rambut laila namun sempat ditahan oleh haikal, lalu haikal menampar pipi tina.
" i nak u jangan kacau hidup i lagi paham?"
"u ingat i gila kan u?"
"so blah lah.. satu lagi kalau i tahu u kacau dia.. u tahu nasib u! sila kosongkan kondo tu i nak guna." haikal meninggalkan tina yang dalam kemarahan.

1 ulasan: